Saturday, December 29, 2012

057. lawan pada jika.



Jika tak mampu melupakan,
maka teruslah mendoakan.

Jika tak mampu mencintai,
maka janganlah dibenci.


Apa adanya manusia itu tidak bersifat lengkap.



p/s : tadi balik dari JB. terjaga dari tidur sewaktu atas bus. Hingga perjalanan dalam LRT , fikiran masih terawang-awang. Maka apa sahaja yang aku mampu lakukan,
doa.



Friday, December 28, 2012

056. Pemergian.



duduk rumah. such a bliss.
alhamdulillah.
itu yang sunyi. sepi.

:)


satu minggu berlalu. banyak benda terjadi.
dan paling menampar diri adalah pemergian Ayah Atikah Hanafi.
Entahlah, aku terkesan. Sungguh.
Mungkin kerana aku admire dengan semangat cekal umi Kiko dan Kiko sendiri.

Aku ingat lagi satu malam dulu, aku dan kiko berborak.
Sungguh, dia kuat semangat orangnya.
Whenever I bumped into her,
we exchanged hug and love and kisses.
I don't know.

Pada aku, kadang, strangers adalah yang paling mudah untuk dibuat kawan.
Lovely Strangers I mean.


Alhamdulillah,
"Terima Kasih tuhan, kau jumpakan aku dengan wanita ini"


... 

Mohon kalian sedekahkan Al fatihah dan Yassin kepada roh arwah Encik Hanafi.
Moga dia aman di sana. Ditempatkan dengan mereka yang baik-baik disisiNya.

Memang, tahun ini, aku rasa tahun paling banyak kehilangan aku rasa.
baik hilang yang memang hilang terus dari dunia nyata.

Dan hilang dari hidup.


Moga Allah redha.

Allah nak mendidik kita.

Sila mohon, terima tarbiyyahnya wahai cik Maryam.

...


Alhamdulillah semester studio dah habis.

Tapi assignments banyak lagi kena hantar 
dan selagi belum merdeka pada 2 January. tak boleh nak cakap yang semester ini dah finally come to its end

:)


Sabar ye sabar.


...


nah, ini hadiah.
Aku ingat lagi, waktu aku mula-mula mahu kononnya betul-betul cari tuhan.
betul-betul jadi hamba.
betul-betul bentang sejadah.
dan betul-betul beristikharah dan ber'solat taubat'

aku rindu saat itu.
Payah tapi manis.

dan kemudian Tuhan datang kan semua bentuk ujian.
dan paling terbesar adalah bila diuji dengan ujian yang menyentuh benak sanubari.

Moga aku tak gagal.
moga dia lihat effort yang aku gadaikan.
walaupun aku tak berperang di medan Gaza.
tapi aku punya medanku sendiri.

Nafsu yang perlu dididik.
dan mengajar diri sendiri erti sebuah kehidupan.

Dan jika benar aku "bertaubat" lah kononnya,
bila sesuatu yang bersifat dunia itu, pergi hilang dari hidupku,
"WHAT MY STATUS AS A HUMAN WILL BE?"

adakah taubat aku sekadar untuk tempelan sahaja?

Allah tetap ada, biarpun segala manusia dimuka bumi ini sudah dikuburkan nanti.


Banyak muhasabah diri to be done.

Allahurabbi. Indah sebenarnya perjalanan hidup kita.

And to maintain berhusnudzon dengan tuhan,
adalah salah satu jalan bermujahadah.

Moga kita semua kuat.
Jyeaaah.


Terimakasih semua orang yang baik hati :)



...


Wahai Tuhan jauh sudahLelah kaki melangkahAku hilang tanpa arahRindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemahHina berlumur nodaHapuskanlah terangilahJiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah akuTerimalah taubatkuSesungguhnya engkauSang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlahAku kembali padaMuMeski mungkin takkan sempurnaAku sebagai hambaMu
Ampunkanlah akuTerimalah taubatkuSesungguhnya engkauSang Maha Pengampun DosaBerikanlah aku kesempatan waktuAku ingin kembaliKembali kepadaMu
Dan mungkin tak layakSujud padaMuDan sungguh tak layak aku


Salam Alayk.

Thursday, December 20, 2012

055. Topeng.



Kelam hati ini.
Hari ini.

Bergaduh dengan sahabat baik.
Ya Allah.

Sedihnya.

Tapi aku rasa lebih baik begini.
Biar ada jarak.
Biar berjarak.


Semoga aku tabah.


"Kau tak tahu kan, apa struggle yang aku hide kan?"

dan kau takkan pernah tahu...
Selagi mampu, aku akan deny deny deny deny dan deny.



Hati dan seluruh jiwa raga ini perlu dijaga.
Kerana itulah, aku pertontonkan, aku yang garang, aku yang kasar, aku yang ampuh, aku yang keras hati, aku yang membebel sana sini.
Biar, aku dijelek atas itu.

Sedangkan, dalam rahsia, aku bukan begitu.

Jauh sekali.



Aku buat, kerana aku terpaksa.


Maafkan aku wahai sahabat, yang terlalu banyak membantu.
Terlalu.


Aku doakan kamu sentiasa dalam lindunganNya.
Aku doakan kamu dan perancangan hidupmu menjadi dalam keberkatanNya.

Aku redha.



"Baik. Esok aku cellotape mulut aku dan akan menundukkan pandangan", kata aku dengan topeng paling tebal, agar mimik sedih di balik itu, tiada siapa boleh lihat...


and now, I hope I can fully concentrate and dapatkan semula ketenangan itu.
Aku sibuk dengan hal studio lagi ni. No time for this petty matters.


Ya Allah.

Maaf, sebab aku memang selalu cakap tak serupa bikin. Konon mahu kuat, Konon mahu jadi wanita besi, tapi pasti aku akan kalah lagi. Dan kau tak perlu tahu, kenapa itu terjadi.

Aku kuat. Aku kasar. Aku tabah. (mantra aku hari-hari)



Salam alayk wbt.

Wednesday, December 19, 2012

054. Kalau tiga tahun lepas ...


"Awak tahu, three years ago , kita berdua datang CFS PJ sebab nak apply rayuan masuk UIA. Dia pulak datang nak tolak UIA"

"woah. awak datang untuk nak masuk. dia dah dapat, tapi tak nak terima?"

"yep. kita pergi sama-sama. Rezeki dia di tempat lain. Kita nak sangat masuk UIA masa tu. Kalau lah kita dapat masuk. Tak payah kita pergi tempat kita belajar dulu. Boleh terus degree"

"Takpelah. Allah dah plan cantik sangat. See, kalau dia masuk UIA waktu tu, kita tak rasa kita akan kenal dia. Dan kalau awak masuk UIA time tu jugak. I don't think I will be sitting in front of you now and having you as my friend, Ain"


Again, random conversation with Ain Farhana.


Aku percaya, setiap aturan tuhan itu sudah disusun dengan cantik. Perfect timing. Perfect person to play the roles. Perfect hikmah to be understood thru time. Its all up to us, untuk melihat aturan itu Perfect atau sentiasa menyalahkan takdir.

Kerja sebagai hamba, kan percaya pada Qada' dan Qadar?
Kerja sebagai hamba yang tautan hatinya tinggi kepada Rabbnya, kan redha atas ketentuannya setelah kau berusaha?


Indah.


Aku bilang pada Ain lagi, walaupun sepahit atau sesakit mana pun sebuah pengalaman atau perjalanan hidup itu, Allah memang dah tulis awal-awal dan memang cantik.

Tidak mengapalah, jika untuk buat aku kuat dan tabah, aku dijentik , dirotan biar aku sedar , aku bukan siapa-siapa. Biar aku sedar di mana tempat aku perlu sandarkan harap sepenuhnya.



Life with its turning point and all.



Aku bertemu manusia yang hebat, yang cantik, yang jahat dan berbagai rupa dan sifat. Setiap satunya mendidik aku. Datang dan hadirnya mereka dalam hidup aku, bukan sia-sia. Allah tak pernah buat sesuatu untuk sia-sia semata. I believe on that.


And its up to me, to appreciate, to take , and learn. Bukan buang.

Aku tak mahu lagi hidup mensampahkan orang lain atau diri sendiri. Masing-masing punya nilai sendiri. Biar aku dibuang orang, tidak mengapa. Asalkan bukan sendiri yang lagi dan lagi merendahkan harga aku sendiri. Aku penat , saban hari marah aku pada aku. Aku penat , menyesal itu ini. Aku penat, malu pada mereka dan aku sendiri.


Mungkin itu lah, bila nikmat melihat sesuatu dengan penuh hikmah, ditarik Allah , aku rasa dunia seakan kosong. Semuanya berlalu bagai kotak kotak tanpa ruh. Hanya jasad bergerak dalam satu aliran, dan aku dalam aliran yang lain.

Paling aku tak sanggup, melihat kesungguhan mereka yang terlalu baik, sentiasa mahu melihat aku tersenyum, tergelak, membebel, garang, kalut dan sebagainya ; rindu pada aku, mahu aku yang aku dan sebagainya.

I am tired of losing myself, when everybody else is missing me.

Aku tidak punya harta berkoyan untuk aku berikan satu satu pada kalian, tapi percayalah, di hati aku, walau aku jauh, walau kita jarang berhubung atau sebagainya, rantaian doa aku untuk kalian. Aku minta maaf, kalau aku hanya mencari kalian bila aku rapuh dan mereput. Janganlah didakwanya aku di masyhar nanti,
"MKAY, YOU ARE NOT BEING A GOOD FRIEND"


tahu, aku takut jika itu adalah pendakwaan ke atas aku di akhirat nanti.
dan aku takut jika kerana itu, akan menyekat segala amal kuu yang memanglah sezarah kecilnya, jika disekat, maka apa lagi yang tinggal? Apa?



Maaf.

aku menulis tanpa hala tuju.


Sudah nak subuh.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Remember, whatever Allah has planned for you, you may think its ripping your heart away, tapi jika ia mendekatkan kamu kepada Rabb-mu, itu adalah nikmat terbesar as a Muslim. As a muslim yang tahu, life is a journey of struggle, not a pure destination. Apa sahaja meeting point kita dengan manusia lain dalam hidup kita, bakal mencorak our own future. Be positive and decide wisely, because HE will ask for whatever your action is.


And this is, a harsh reminder to myself.



Salam alayk :)


p/s : gembira pagi semalam lepas subuh dapat kembali jogging ber-round-round pusing Mahallah Aminah. Ah rindunya ketenangan itu. dalam gelap, dalam sunyi, dalam syahdu,  DIA jaga. dan aku yakin itu. Doakan untuk aku yeah pembaca-pembaca yang budiman, agar aku mampu kutip segala sisa-sisa kekuatan yang masih tinggal


:)


Saturday, December 15, 2012

053. Pilih.



 "Just because a path never existed, doesn't mean it isn't there."

hidup, kita ada banyak pilihan
yang memerlukan kita menyatakan our own keputusan.

sama ada memilih untuk kekal membenci
atau cuba untuk menyayangi


memihak pada yang salah
atau beri dengar pada yang benar


ambil peduli dan menghargai
atau buat bodoh dan jadi pekak tuli

bertanya dan tahu kisah
atau prasangka dan menjajaj kisah


Dunia dan pilihan
Hidup dan keputusan


So, bagaimana?

seperti saya sekarang, saya pilih untuk menulis, dan "pause" buat kerja.


"Nak pilih donut pun kena istikharah tau"


Ah. kebalnya hati dan jiwa. Jauh lagi perjalanan nak menjadi kebal.
jauh.
Tapi perlu.

Salam alayk.



Maryam, jangan membenci. Buang walau sezarah pun.


Friday, December 14, 2012

052. Tunda Isnin.



Hari ini hari Jumaat.
Instinct paling dalam dah agak dah.

Hari isnin baru present and submit segalanya
Dah pukul 3 petang, tadi aku masih di bilik Azza nak menyiapkan segala.

Semalaman tak tidur, pagi tadi pukul 8 lebih sedikit gagahkan diri untuk mandi dan bersiap cantik-cantik.
Kononnya nak pergi ke kedai printing.
Tapi, Allah lebih tahu.

Aku mengantuk sangat agaknya.
Hinggakan dengan tudung yang dililit rapi dan baju kurung berkain hitam itu,
aku terlena di katil hingga pukul 12 tengah hari.

BAYANGKAN.

bila terbangun, aku cuba "KEEP IT COOL"


to make things short,
Alhamdulillah aku tertidur, so aku tak pergi membazir print board sememeh-sememeh asal siap.
But still, ini bukan tempoh percutian lagi.

Mak ai, banyaknya kena submit Isnin ni,
gear kena guna gear tujuh ni


:|  *gulp




Tapi tadi konon nak ganti tidur.
Tidur dengan bermimpi pelik. Hingga terbawa-bawa dalam mimpi tu
"Okay nanti aku bangun tidur betul-betul. Aku nak baca blog dia semula, Betul ke dia tulis begitu. Sedihnya. Malunya"


Nah, so now I am here.
Aku mimpi je semua  tu.
Takde orang pun tulis blog seperti yang aku mimpikan.

Ha'ah funny. Tidur lagi pada waktu yang tak sepatutnya.

Or its a sign?
Tanda Allah beritahu, in silent bahawa kita dibenci?


hmmph. Nevermind.

Teruskan hidup.




Okay so, point pembentukan iman hari ini ialah;

1. Tidur secara tak disengajakan di kala waktu-waktu kemuncak of project submission boleh jadi THE BIGGEST NIGHTMARE jika hari ini adalah hari presentation sebenar. Relate this tertidur part with Surah al-Kahfi. So dah baca Kahfi?
Kalau cuti, boleh lah spare some time to at least HEAR it. Kat youtube banyak alunann yang sedap-sedap kan? :)


2. For every actions yang sengaja atau tak tersengaja we did, semuanya Allah dah plan cantik-cantik. I am so thankful that aku tertidur walaupun pada mulanya dah agak cemas kelam kabut bangun sebab BOARD TAK SIAP LAGI and I DON'T KNOW HOW TO RE-SCALE MY DRAWING... Parah-parah. But its okay. Maybe bekerja under pressure lebih mendebarkan daaaaaaan, menghasilkan sesuatu maybe. Maybe :) Percaya pada qada' qadar Allah okay :)


3. Never lose hope and give up. So now, yeah I shall continue with my endless works.



Salam Alayk.


p/s : dah lebih kurang seminggu dan lebih sedikit, berhibernasi bergua dalam bilik. Konon nak siapkan hal-hal studio. Rindulah pada rakan-rakan. Sabar ye. :)

051. Masuk angin.



dah set masa, pukul 8 pagi nanti kena PRINT BOARD.
Presentation kata ketua kelas, will be at 3 p.m


Tolong doakan ye.
Everything goes well.

Isnin hantar Model pula.


Ye, belum tempoh percutian lagi.



Bekerja tanpa tidur yang baik ini, buat saya menyerap segala angin sejuk malam bulat-bulat.
Selimut hantar cuci lebih kurang 5/6 bulan dulu di kedai dobi. Tak ambil lagi.
Eh lamanya.

Oh bukan itu sebenarnya nak beritahu.

Nak beritahu,
Chipsmore di tepi dibiarkan terbuka, menemani saya buat kerja.
Buka pukul dua pagi, pukul 6.30 nak suap ke mulut.

"Ala dah lemau, keras. Masuk angin"



Cepatnya.


Oh tulang dan badan pun senang masuk angin.



Hehe tiada kaitan dengan pembentukan iman entri ini.


Oh ada, aku diuji bila subuh menjelma. Rasa macam dijerut.
Kelak aku akan dipersoalkan.
Ah, aku sayang kalian. aku sayang. aku sayang.

:'(

Tuhan tolong aku lagi.
Please/

Thursday, December 13, 2012

049. Nasi goreng daging



Nasi goreng daging Mahallah Aminah lebih berbaloi dan sedap berbanding Nasi goreng daging di kafe HS.


...


Ye saya faham,
Nama boleh jadi sama,
tapi cara penyediaan dan sifat rupanya boleh jadi seperti langit dan bumi.

Jangan membenci sebelum kenal.
Jangan menilai sebelum mencuba.


Ye. seperti orang-orang

dan seperti kehidupan orang-orang tersebut


...



"Semoga awak dikurniakan orang terbaik di sisi Allah untuk bersama awak. Bukan terbaik disisi Manusia sahaja. Kalau  baik di sisi tuhan, itu kan lebih penting" , Ain Farhana.



...


Kita semua sebenarnya belum cukup bersyukur atau kadang terlupa, yang tuhan beri kita kawan baik yang sentiasa menguatkan kita.

Cepat, doakan untuk mereka.



...

Ain Farhana lah ni, ajar saya makan nasi goreng daging.



...

Menonton Istanbul Aku Datang without expecting anything. Ah biasalah kisah cinta konon sweet-sweet.

Tapi, endingnya aku suka.

No need a second chance, when there's a person who is able to give you the happiest first chance/memory


:)

EnsyaAllah, Akan ada. Don't worry. Allah sentiasa ada.

Monday, December 10, 2012

048. Jumaat is Submission Day!



aku tak mahu orang lain rasa sakit seperti apa yang aku rasa.

sakit sangat.

...

Sekarang aku faham rasa seorang ibu, bila mana sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.
Biarlah ibu kurang itu ini, Biarlah ibu rasa yang pahit duri, Biarlah ibu dipandang buruk hina,

Asal anak,

lebih, cukup pakai, gembira, manis senyum, cantik.


Ah ibu.


Ayah juga begitu.



...


Sedang sibuk menatap drawings, masih sempat terfikir,

Kalau tiba-tiba,
dapat panggilan, mak/bapak suddenly GONE.

Allah.


Benar kata kawan aku, Diana Zainal ;

it is not about when we lose something, only then we realize, we are losing it.
It is whether, we are prepared to face it or not.

Because somehow, memang kita semua tahu, tiada yang kekal di dunia ini.

Doa aku untuk kau, Diana. Kau wanita tabah. Doa ku untuk ayah mu yang bersemadi dengan aman, dan sentiasa aku pandang tinggi.




...



Nah, dua lagu yang paling menyentuh hati aku, sampai bila-bila.

Lagu wanita , antara lagu lagu pertama yang menggerakkan hati dan langkah lebih kurang dua tahun lalu, lagu yang terlalu aku ingin rapat kedapkan ke hati, dan moga untuk kalian juga, wahai pembaca yang , bersifat, berjiwa wanita :)


Lagu irhamna pula, mengingatkan tentang walaupun berduyun dosa, dan saban hari makin bertambah duyunan dosa itu, Allah tetap sentiasa ada. Sentiasa!


1. Irhamna. Opick
2. Wanita. Dehearty



...


Ingat mahu hibernate lama-lama, tapi ramai pula buah hati yang bertanya.
Maka aku jawab, sabar ya, hati ini perlu dijaga.


Menulis itu perlu dicuci semula niatnya.



:)

p/s :  title post sekadar ingatan buat diri sendiri that I HAVE A FINAL PROJECT THAT I SHOULD FOCUS ON !


Salam alayk wbt.

047. Sendiri Ingat.



Pesan aku pada aku bila saja aku mahu merapuh dan mula menyalah pada diri,

"No, Maryam. Benda yang dah jadi tak boleh di-undo atau di-rewind. Look forward. Be brave! Allah ada! Allah ada!"



Ini saja, yang buat aku masih teguh sehingga ke hari ini.


Allah.


walau, ada masa aku jatuh, tapi aku harus lagi bertahan.



Saturday, December 8, 2012

046. Do you have someone else?


Salam alayk wbt.

Beberapa malam lepas, hati berat sekali
padahal aku baru balik meeting hampir ke 2 pagi.

Pelik, masih ada masa lagi terfikir tentang hati.
Sungguh aku pelik.

Aku ke katil. Konon mahu tidur.
Tapi tak berjaya.
Aku ke telefon.

Lantas mendail "Rumah"

Mak dah tidur.
Lalu, entah apa masuk rasuk ke aku, jadi laju mengadu luah rasa ke bapak.
Bapak diam sahaja di hujung talian.
Ah tentang hati anak perempuannya.
Bapak. Comel.
Sangat.

"Pak. Nana rindu kawan nana"

"Kawan yang mana?"

"Kawan yang jauh"

"ohhh"

"But its a NEVER for me to tell dia. So, I tell you pak"

bapak tersenyum di hujung talian.

dan banyak lagi perkara kami bualkan.
Malam itu aku lega, dan tak sangka air mata mengalir lagi.
Tapi kali ini aku rasa terharu.
Kerana aku tahu, aku punya tempat terbaik untuk mengadu.

Pada orang - orang tersayang , pada orang - orang terhebat , dan semestinya pada si Ilahi yang bila sahaja aku mula merapuh, di tikar sejadah itu juga segalanya diruntunkan. Terima kasih tuhan.

Biarlah hanya doa yang menjadi penghubung segala hati.

...

sakit sungguh hari ini.
mungkin Allah nak bagi bersyukur nikmat sihat yang selama ini dia beri dan aku lupa to say thanks

yeh.


Alhamdulillah.
2 impromptu events dah pun berlansung.
Rasa nak menjerut diri pada waktu itu.
Alhamdulillah, team sangat hebat.
We managed to pull thru :)


Tugas dunia, tidak henti.
Tugas akhirah, harap ikut laju sama.


Semalam pulang ke bilik, bersama si teman baik, Qurratu Aini...

Senyap seketika dalam kereta, bila dia tiba-tiba bersuara

"Mkay, do you have someone else?"

sampai dua kali diulang soalan itu.

aku tergelak.

"No. I don't have anyone else, yet . I have Allah , Qurrat"


Entah kenapa, yakin lidah aku laju menuturkan ini.

Terima kasih, kini mungkin sudah mampu sedikit leret-leretkan senyum jujur dari hati.

Allahurabbuna, pimpinlah hatiku ini. Jangan kau beri aku peluang, untuk membuka hatiku ini buat sesiapa.
At least, not for the meantime.

I am having hectic life now. Alhamdulillah.
dengan tanggungjawab sana sini.

And that is what I should have my focus on more.


untuk aku, untuk dia atau sesiapa sahaja, itu Allah yang jaga.


"Awak jangan risau, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

"Tapi kak, kita jahat. tak pernah baik. I am struggling days and night kak"

"So, begitulah juga dia. Orang itu pun tengah struggle nak baiki dirinya juga"

"Maybe. EnsyaAllah. Tapi, kita nak fokus pada kita dulu kak. Biarlah orang itu, Allah rahsiakan siapakah. Entah, kita mati dulu, sebelum sempat berfikir soal hati"

"You will be fine , adik"


Kak Amira, cantik sungguh bahasamu memujuk aku dalam sayu malam itu


:)




Seminggu saja , lepas itu, studio dah habis!

wohaaaa


Salam alayk wbt.

Tuesday, December 4, 2012

045. Debu Dunia.



I can see now.
Allah tempatkan aku dengan segala kejatuhan dahulu, dengan segala liku rasa dahulu dan pelbagainya,

kerana dia mahu beri aku tanggungjawab besar sekarang.


Allah, permudahkanlah gerak langkahku.
ingat kan aku, bahawa setiap tindak tandukku, harus lah bersandar kepadamu.

Sungguh, menjadi ketua , buat aku teringin mengguna pakai ilmu dan akhlak nabi s.a.w dan sahabat.

Mereka hebat.

Aku bagaimana?
Mereka, duit rakyat pun terlalu berhati-hati, takut terguna.

Aku bagaimana?


Benarlah, menjadi ketua yang adil dan saksama itu, tidak mustahil,
tapi perlukan tarbiyyah yang sekuatnya.
Tidak boleh rapuh.


Andai badai datang menghempap sekalipun.


Ayuh, moga semester ini dan semester depan dan semester depannya,
Kami sebagai kumpulan, mampu melaksanakan apa yang dirancang.

We plan, Allah has better planning somehow.



Ingatkan aku, bahawa setiap amal ku, akan dipertanggungjawabkan.
Jadilah ketua yang meletakkan hak pada tempatnya.


InsyaAllah.


Aku cuba. Aku cuba.

Andai tersasar, mohon ada yang menepuk bahu. Kerana sesungguhnya aku bersifat manusia, yang lupa, lalai lagi leka. Dunia dan isinya hanyalah debu berterbangan apatah lagi harta pangkat dan rupa.




Salam alayk.


Mohon, saya jaga diri.

Sunday, December 2, 2012

044. Apa kau mampu buat?



"Kita tak mampu buat apa-apa awak. Kita tak mampu nak tarik muka dia suruh dia pandang kita. Kita tak boleh nak pekik sebelah telinga dia. Apatah lagi, mana mungkin kita curi hatinya dan simpan. Mustahil itu semua, wak. Mustahil"

"Habis tu? Apa kau mampu buat?"


"Kita cuma mampu, berdoa. Berdoa dan berdoa. Itu usaha kita. Paling terakhir. Paling kecil"

"Doa? Untuk apa? Berharap?"

"Tak. kita cuma harap Allah buka hati dia. Buka hati kenal tuhan. kenal agama. Kalau dia kenal semua itu, dia mampu jaga diri dia. What more could I wish? To see people that I love be in love in what they should fall in love for kan? Kita nak Allah sayang kita, sayang dia, sayang semua orang yang kita sayang. My love never enough. Biar dia jumpa the real love. Ah. penat kita mahu sampaikan. Biarlah"

"Aku faham. Cukuplah begitu. Kau dah buat yang kau mampu. Bukankah doa yang rahsia itu lebih didengari penjaga kiri kanan kau? Doa yang rahsia itu, lebih tuhan suka. Kau faham kan? Kau sabar ye, kawan"

"Baik."




Moga, Allah terima, usaha itu walau sebesar zarah. Mohon.

Saturday, December 1, 2012

043. Lawan!






Salam alayk
Hari ini merantau lagi. Aku lihat hidup manusia. Aku lihat perubahan apa yang ada pada mereka, dan tiada pada aku dan vice versa.
Aku memang observant. Aku suka begitu.

To cut the story short,
perjalanan kali ini membuat aku rasa terlalu bersyukur, menjadi pelajar di mana tempat aku sedang mengaji sekarang. terlalu.
Alhamdulillah.

Don't ask me why.


...

You only realized you are having something, when you see others are living without it.

Jangan bila kau sudah kehilangannya, baru kau mahu belajar untuk kenal erti penghargaan.


...


Ada kisah dua orang sahabat.

Bila berjumpa banyak bicara mereka tentang hal hidup. hal tuhan. hal isteri nabi. hal sunnah nabi dan list goes on.

Aku rasa si musuh utama bertanduk berekor dicipta dari api itu, terlalu cemburu dengan akrabnya si dua teman ini. Dua gadis bertemu berpisah kerana Allah. Berbicara tentang perkara-perkara meruntun iman, bukan semata dunia.


Lantas si syaitan itu, membisikkan ke telinga si gadis yang satu,

"tengoklah dia itu. konon bajet pandai. dia belakang kau buat benda lain. Kau taktau pun. Dia khianati kepercayaan kau"

Bertubi tubi serangan si makhluk di laknat tuhan itu serapkan di telinga si gadis satu. Gadis satu jadi marah. Marah pada diri kerana tidak dapat melawan. dan sedikit sedih kerana, "beginikah akhirnya pengakhiran? Aku berfikir dan bersangka buruk terhadap si teman yang aku sayang?"


Sepanjang jalan itu, si gadis satu itu cuba melenakan dirinya. Mahu berehat dari gangguan bodoh si sombong itu. Hah syaitan!



Sungguh. Hati dan akal si gadis satu kesana kemari. Meronta-ronta.




Zuhr tiba.

Satu pinta si gadis itu,


"YaAllah, jika segala fikiran fikiran dasyhat ini adalah fitnah syaitan terhadap aku dan manusia yang aku sayang itu, si teman baik yang kau kirimkan elok-elok padaku ini, maka kau padamkanlah naluri jahatku ini. Sungguh. Aku bergelut dengan jiwa dan bisikan kejam itu."


"Uhibbukifillah ya ukhti" bisik si gadis satu itu dalam hela nafas di hujung solatnya.


Alhamdulillah. perasaan bodoh bodoh itu ditepis dengan mudah seusai solat itu. Permohonan di mohon dengan sepenuh hati. Si gadis satu bimbang hatinya terpesong.


Gelak tawa. Berkongsi makanan. Bertukar pendapat. Bercerita tentang agama ; arakianlah kisah dua sahabat itu akhirnya.


Alhamdulillah.


Percayalah, jika di antara kalian, dicetuskan gejolak rasa untuk membenci bila kalian tahu, teman itu adalah hadiah terbaik buat kalian, maka sedarlah,

"Syaitan itu amat membenci, bila dua anak adam yang bercerita tentang tuhannya, nabinya, ilmunya dalam keadaan berlapang dada dan saling mengasihi antara satu sama lainnya"


Syaitan, will always have the "plans" to break the bond fillah .


...


Semoga, kisah ini menjadi ingatan buat aku juga.




...


Tadi naik LRT. ada satu keluarga. Ada kakak sulung, kakak kedua dan anak lelaki terakhir.
Buat aku rindu, mak bapak abin umar.



:)



Salam Alayk. How's your first December? 

042. December.


Salam alayk.

Finally, December is here.
Sekejap sungguh masa berlalu.
Semester pun sudah tiba ke penghujungnya.

Aku masih ingat segala aim-aim aku untuk semester ini.
Yang paling utama adalah mengukuhkan kembali hati.
Not to cry anymore and list goes on.

Aku masih ingat beberapa minggu lama dulu,
Aku masih menangis sedikit
mungkin sisa-sisa air mata agaknya.
Konon aku mahu mintak mengadu pada teman, Lantas dia beritahu aku,

"Kau kan dah janji dengan aku tak nak menangis lagi. Ni kenapa nangis lagi?! Kau selalu cakap je pandai kan? Buat nya tak?"

Memang terkesan habis dengan ayat si kawan.

Aku bilang pada dia,

"Sabarlah. Kau ingat as easy like that nak hilangkan rasa, keringkan air mata? Aku nak kau tolong aku. Bukan marah aku"



And somehow, si teman tetap setia membantu.
Walaupun, aku sering kadang-kadang tidaklah terlalu meng-acknowledgenya.
Tapi aku sedar,
kata-kata yang aku pernah cakap padanya,
even before semester ini bermula.
Dengan segala nafas turun naik, air mata bergenang-genang,
Aku beritahu padanya,
Tolong tengok-tengokkan aku semester ini.
Tolong marah aku, kalau aku degil.
Tolong ingatkan aku, kalau aku bermalasan.


Alhamdulillah.

I thought it is certainly near to impossible to finally put back smile and gain my courage that i've been losing.
Rupanya, tidak.
Allah akan beri, pada hamba-hambaNya yang berusaha.


Walau pun payah.
Walau pun payah.



Untuk yang telah terjadi, Untuk hari dan malam yang telah aku siakan, 
Aku harap tuhan masih memberi pintu keampunan.
Dan berterimaKasih kerana, dosa hitam aku, Tuhan masih simpan.
Di Masyhar nanti, entah satu-satu ditayang.

Habis aibku. Habis segala.

Allahurabbi.


Nothing more shall I beg,

Berikanlah kedamaian hati, kebahagian diri, penghujung yang terbaik,
buat setiap manusia, setiap hati dan naluri,
yang tak henti,
membantu aku menjadi aku yang dahulu
selama aku jatuh terpuruk di kancah paling dalam yang lalu.



...


"Mkay, kita tak tahu lah, kenapa awak nak keep on bersedih-sedih. Because you have great people besides you. You have everything. You have them who loves and helps you", AinFa.


Benar. mungkin ada masanya, aku tersilap perkiraan dalam mengenal erti syukur.
Alhamdulillah. Tuhan didik aku ini semula.




1Disember2012. Terlalu cepat dua tahun atau tiga itu berlalu yah?

Monday, November 26, 2012

041. Terjatuh.


Salam Alayk wbt.




dibalik kain yang menutup muka itu,
ianya masih boleh terpaut.
lantas terkaku antara dua pasang mata bundar itu.

...

kak aishah mengusik nakal bila aku beritahu pada dia
"shaykh selalu sakat ammar. comel"
memang berhari-hari kelas, shaykh selalu sangat sakat si ketua qabilah itu.
shaykh berbadan tinggi besar. standard orang Manchester
dan si ammar standard lelaki melayu.


kak aishah yang tahu semua kisah bilang,
"Moga Maryam dijodohkan dengan lelaki sebaik Ammar"

nakal.
aku tergelak kecil di balik kain itu.
lantas tertaut pada sesosok tubuh di belah kiri depan sedikit dari duduknya aku.



kaget.

pandang buku
pandang dinding
pandang guru di hadapan



...



tadi hari terakhir kelas belajar solat.
aku risau pagi tadi, niat aku merantau jauh berubah.
bukan kerana ilmu, tetapi kerana lain.
risau.
tak keruan sepanjang perjalanan.
selawat dan istighfar kuat-kuat aku rontakan dalam hati.


...


Allah mendengar.


...

Seusai solat zuhur, kakak Ramona menegur
"Kenapa pakai niqab? Awak memang pakai ke? Akak tak faham betul kenapa orang pakai for certain occasion"

jawab aku, aku mencuba. Aku terlalu ingin. Doakan untuk aku, tolong.
Ini sunnah.


"Oh sunnah. akak bukan apa. mahu lah lebih istiqamah kan?"

Kakak berlalu, aku salam dan meminta maaf.



...


Sepanjang waktu zuhur ke asar, keluarga syaitan jenis apakah bergayut gayut di kelopak mata.
Shaykh di depan seakan patung wayang kulit sahaja.
Allah.

ilmu aku semua entah ke mana.
biar pergi di awangan.

Marah pada diri.
Tak mampu lawan nafsu berapi.

Ah.



...


Asar. aku betul betul meminta.
Agar niat aku dipaksikan pada landasana yang benar
Jika tidak, sia sia jalan aku jauh-jauh ini.


Mujahadah namanya.



...

Maghrib. Aku tenang sedikit.
Kerana last sesi bersama sheykh, tidak mengantuk.
Alhamdulillah.


Aku mohon di akhir solat
.

Adalah, rahsia.



...

Keluar surau.

Tergamam.



Sungguh Allah maha mendengar.
Sepantasnya.


...

Aku pilih jalan lain.
Aku pilih tangga.

Entah.

Aku mengada sendiri agaknya.

kekok.


...



Syukurlah.
Kau tidak kenal rupa ku.
Hanya dari alis mata dan lesunya mataku yang kau sempat kau pandang dan kau larikan.



Allah, hati aku ini sudah benar-benar pulih dan sihat kah?



...



Fill your heart with the love for Allah. And certainly, He will give the Best Love you could ever wished for.


Jazakumullah khairan khatira. Untuk semua yang membantu perjalan saya ulang alik ke UPM for DivineLink : Fiqh Of Salah  dan jutaan ribuan terima kasih kepada Al Maghrib Institute for being so generous in giving such ilm'

Moga Allah berkati usaha kalian.




...


dan moga Allah kekal, menjaga hatiku.


dan kekal berada di benak sanubariku.


In every actions , In every thoughts ; He knows.


...

Oh sebelum terlupa, Kakak Ramona dan aku berkawan kawan di akhir kelas,
bertukar number telefon.

"Oh ya, kakak buat usrah di rumah. nanti datang lah. Ada wardina semua"


Di balik perca kain hitam itu, aku tersenyum. Lirik mata aku dan hati ku lapang.

Allah, kau tahu saja bila niat hatiku sedikit lagi mahu tersimpang bukan?
Kau hantarkan manusia ini untuk mengetuk aku, dan mengingatkan kembali atas usul tujuan ku.
dalam berbuat ini berbuat itu.


Sometimes, we have to face our fear, for it shall be the greatest joy.
When your heart is at ease, you know, Allah is there helping to carry the burden away.



...


Jangan berhenti sampaikan pucuk pucuk doa buat strangers yang sentiasa dalam hati kita ;
those who are in the states of war Palestine, Syria, Rohingya and to all Muslims through out the world.


Kerana, kita ini bersaudara. 

Thursday, November 22, 2012

040. Keypad rongak lagi.


Rabu tadi, kelas pagi batal. Makanya ke studio lewat.
Datang ke meja, barang di letak satu-satu. Lalu mula melakar lakar paten geomatri atas kertas yang memenuhkan ruang meja.
Sibuk. Tekun. Mengejar masa.


*Beep Mesej Masuk*


Lantas aku terpandang di paling hujung atas belah kiri keypad telefon putih itu,

"ah dah tercabut lagi" . getus kecil hati.

Sambil tersenyum.


...


Keypad berhuruf "Q" hilang. entah mana. sudah lewat, baru aku tersedar yang di rumah butang itu sudah togel.

Baru lebih kurang pertengahan tahun ini, aku ganti keypad yang rongak-rongak.
Ah. kenangan.

Hari aku ganti keypad itu, hari aku taknak paling lupa. Biarpun, sampai tua.

Aku tersenyum.

"cepatnya kau tercabut lagi. tak sampai setahun pun. tak tahan. nothing last forever. lopek"

...

Aku belek belek telefon putih itu.

"yah, sudah tiga tahun kau berkhidmat"

Kalau ikut sifatnya aku, aku memang jenis gemar bertukar. Bosan setahun, lusuh sedikit, terkopak sedikit, makanya aku cari baru.

Entah kenapa dengan si putih ini, lama pula kekalnya. 
Padahal bila "system error" , sumpah aku rasa macam nak baling saja si putih ke laut.

ah. mungkin kerna sayang.

Mungkin.


Benda paling berjasa. benda paling banyak tahu kenangan. benda paling selalu bersama, buat apa dibuang-buang kan?


Jangka hayat alat teknologi memang singkat kah?

Atau hanya nafsu manusia sahaja?



Atau mungkin, sekarang aku sedar, hidup ini bukan sekadar meminta-minta dan terus dapat!

Hidup ini, kau boleh minta, tapi kalau kau tak dapat, kenalah kau usaha. 
Kalau dah minta, dah usaha, masih belum kau dapat, next step ; kau sabar.
Kalau sabar pun still cannot go, aku harap kau masih punya KEPERCAYAAN PADA TUHAN yang kata ,
"baik kau redha. percaya qada' qadha"


true! 
Life events, mematangkan.

Sungguh.


...


"Karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
Karena kehormatan diri sering kita tinggikan si atas kebenaran
Karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus
sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
'Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara'

Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama uman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia

Lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji"

Salim A. Fillah - Da;am Dekapan Ukhuwah.

...

Kau tahu apa itu cinta?

Apa?

"Cinta itu, bila jauh mendoakan. bila dekat membahagiakan"


Kau pernah bercinta?

Aku punya tuhan, punya nabi , Yang bila aku rasa aku jauh dariNya, aku selalu berdoa agar aku didekatkan kembali padaNya. dan bila DIA terasa dekat denganku, aku rasa bahagia. Mungkin itu cinta? Walaupun, aku kotor. Aku belajar untuk mencintai dengan semurni kasih yang ada. Salah kah?

Tidak ada salah atau benar dalam Cinta. Cinta itu luas. 

Aku faham. Aku cuma harus pandai dan berhati-hati, kan?

Ya. kau perlu. Jaga hatimu. Jaga cintamu.

...


Salam alayk. 


p/s : thinking back, I do appreciate the honesty that you've been giving all this while. Being a girl, its always an issue of heart. Alhamdulillah for the distance that again  has been made. Jazakallah khairan khatira. Moga hati-hati kita , Allah pantau. Allah jaga selalu. Pada hari keypad rongak diganti, hujan turun membasahi bumi, seakan mengerti, aku menangis bila sunyi menyelubungi segala ruang antara kita. Dan bila aku pamit untuk masuk ke rumah dengan senyum yang aku reka-reka tanpa engkau palingkan wajah, rupanya kau tahu, bila kau hilang dari pandang, aku tersedu-sedu di birai katil itu. Makanya, kau datang semula.  Hari itu, hari paling mendung dan paling tersenyum aku pernah ada. dan itu sahaja untuk hari itu. Hari kemudian, adalah helaian baru dengan kisah lain yang berbeda.ah. kalau perasaan sebegini datang, aku tahu siapa paling sesuai untuk mengadu. aku tahu. bukan manusia selayaknya.. tapi DIA.  Alhamdulillah for everything.

Tuesday, November 20, 2012

039. Rumah baru.



Bismillahirrahmanirrahim.


Sekali lagi, aku bertukar ruang legar. Bukannya kerana membenci atau segala.
Tapi memang pun, sewaktu aku mula-mula memilih nama untuk rumah baru ini, 
Aku tidak punya idea sebaiknya.

Kaishrashee tidak signifikan dengan apa-apa dalam hidupku, sebenarnya.

Aku mahu kekalkan Kaishra.
Aku sayang pada nama itu.

Seperti semua penulis lainnya.
Semua ada nama pena.

Aku pernah jatuh cinta pada mrymkirana
pada dia,M

dan sekarang lembaran baru aku mula ingin mencipta atas tinta Kaishra

Apa makna Kaishra?

Terasa seakan aku menyebut Aishiteru dan Ashari dalam nama baru itu.

Rabbuna Yussahil Lana Jamian.


dan maka aku rasa redha dengan nama baru ini, KaishraKirana.

EnsyaAllah. Semoga aku mampu menjaga nama dan rumah baru ini. Aku kemas dan aku sapu dan aku hiaskan.
Rumah untuk orang-orang yang mahu beringat.
Rumah untuk orang-orang yang mahu bercinta.
Rumah untuk orang-orang yang mahu berairmata.


Dan dalam setiap masa penghidupan, kita tidak lari dari kesalahan kan? 
Makanya, 

"Andai ini langkah terakhir seorang aku, mohon kau maafkan khilafku walau segunung tinggi walau sehalus bijih"



"Terima Kasih tuhan kerana mendatangkan ilham. Suatu masa nanti akan kau tarik semula ilham itu , dan aku sedar aku hanyalah hamba yang diberi pinjaman dalam sejuta macam nikmat kebesaran yang kau ada"

Sunday, November 18, 2012

038. His big heart.



"Kerana di hatinya penuh kesucian. Dan si tentera jahat itu cuba merusak hati bersih itu dengan darah dan sengketa saudaranya sendiri"


Salam alaykum.

Last Friday went for site visit. Our next studio project is coming up. Better buckle up now.
I know how tight my schedule is. I hope I am able to cope and manage with things that I am related with.
At least, I will try my best to do my part.

This boy in this picture is from Syria.
One thing I am admiring at this little fella is, "he hides his pain inside".
Deep inside. Great strength.
He keeps on laughing and mimicking the ugly faces and playing around with his hands when we came to his class.
Subhanallah.

The teacher said, this boy had really hard days back then in Syria.
When he moved to Malaysia, he had to take some time to adapt with his new surrounding.
He was quiet.


Sedih kan?
Kanak sekecil ini. dah melihat kacau bilau dan hidup dalam kegerunan di rumah sendiri, di negara sendiri.


Aku pula. pada umur menginjak 20-an ini masih bersuka ria.
Bergelak tawa.


Allah.

Kalau aku mampu bantu, mahu sangat aku bantu.
Moga aku dapat bantu dari segi ilmu, jika tidak dari segi keringat.


Aku yakin, segala nyawa yang dizalimi itu sedang tersenyum dan menanti di syurga sana kan?
Allah. sayunya hati.



Aku di sini?
Masih struggle dengan diri sendiri.
Mereka di sana berjihad dengan kezaliman dan pembunuhan

Yeah,
malu nak berbicara tentang hal hati dan perasaan, terlalu - terlalu sangat.
Because, at some corner of the world, what matters to them is,
"akankah aku mati syahid di jalan Allah? atau aku akan kekal hidup menegakkan hak dari yang batil?"



Si budak lelaki ini katanya kepada cikgu ,
"One day, I'll be back to Syria"


Kecil sebegini, cita nya besar.
Aku?



Cikgunya pula dari Palestine.


Ah. aku dan dunia ku.
Aku harus melangkah dan benar-benar yakin atas janji Tuhanku. Kan?





"May Allah protect our soul. May our soul is blessed with iman"

Jazakumullah Khairan Khatira.































"Beruntung bagi mereka yang hidupnya tahu tujuan hidup mereka. Kerana tujuan hidup, bukan di dunia. Tapi di akhirat jua."

dan aku, teringat, anak-anak sekecil ini di Malaysia, apa peduli mereka?


berbeza.

Saturday, November 17, 2012

037. Amukan si jahat.



berhentilah dengan isu remeh.
berbangkitlah dengan isu menyuntik iman. jiwa raga.


semoga masa yang digadaikan ini,
di terima.
langkah amal sehalus roma ini,
di kira
aib dosa buruk hina diri ini,
di hapus.


negara negara di dunia bergegak gempita
laungan suara
raungan air mata
teriakan ketakutan


dan aku,
masih menatap kaku skrin lapuk ini.

tanpa ada usaha membantu.



ah aku.



"bagi aku, yang rahsia itu lebih indah. dan yang indah itu, tentunya lebih istimewa", Maryam.

Wednesday, November 14, 2012

036. Past 5 after 5.



Berterima kasih pada tuhan, yang memberikan kau seribu juta alasan untuk kau masih meneruskan hidup hari ini.


Kerananya, senyum dan nafas ini ku hela hela.

Alhamdulillah.


Berterima kasih atas kiriman manusia manusia yang menepuk hati, memeluk diri di saat kau perlukan teman pendengar, teman pendamping.


Alhamdulillah.

...

Aku ingin belajar lagi lagi tentang hidup.
Tapi aku sedar, dengan inginnya aku untuk belajar itu, akan ada ujian dari Tuhan.

Layak kah aku?
Mampu kah aku?

Sedikit gerun untuk melangkah meneroka hidup.
Sebelum pamit, aku harus persiapkan diri.
Aku harus gagah. harus berani. harus berilmu. harus bersedia/

InsyaAllah.

Allah Rabbuna Yussahil.

...


Cinta itu terlalu luas bidangnya.
Dan atas nama cinta, kita manusia tercipta.
Dan atas nama cinta, segala peraturan dunia di laksana.

Dan jika, cinta itu kekal di antara penduduk dunia terhadap si PenciptaNya,
aku yakin, semua pasti bahagia.


Maka, kenal lah cinta yang sebenarnya dengan sebaik-baik pengenalan.



Wallahualam.






Tuesday, November 13, 2012

035. Rahsia Aku Simpan Dari Mak.



"Will you tell mak what happened about us?"

"No. I won't. Buat apa buka aib orang. and somehow, I know you are a good person. Who knows in the future, you will come again in better ways?"

...

Biarlah, mak tak tahu apa yang jadi.
Mak cuma tahu tentang adanya dia yang pernah hadir dalam hidup aku.
Mana taknya, kerana keterujaan dia dahulu, aku beri izin,
setelah dibawa kenal kenal ke emak ke bapak ke adik-adik.


Biasalah.

Hidup.

Ujian.

Ombak.

Datang.

Mana kita nak tahu.

Arus laju.

Jangan Tenggelam.





Bersangka baiklah atas setiap urusan Allah.




You know what hurts most? when you know you have all the reasons to hate, but you just decide not to hate. That hurts, but that is the best way. EnsyaAllah.

034. Perempuan Kuat.


Assalammualaikum wbt.

Sihat?

EnsyAllah harap semua sihat. rohani jasmani hati.

As the days went by, aku belajar banyak dari kisah-kisah orang.
dan aku kerap kali terinspirasi dari kisah-kisah wanita gagah yang sentiasa berjuang walaupun hatinya melayu, tapi semangatnya kental.

Subhanallah.
Aku kagum.

Mana entah kuasa sakti adi perwira itu muncul dalam celah tubuh lemah manusia yang bernama "PEREMPUAN"?


Itu lah paling aku harapkan. Kekuatan adi perwira sakti, kalau bukan kayangan, cukuplah bumi.

Aku mendengar, melihat kisah cerita masyarakat lain. Pelbagai rentak irama.
Dan aku terduduk, lantas bersyukur,

"Ya Allah, ujian aku tidak seteruk mereka. Bahkan mereka lebih payah. jenuh. tapi, tetapi tinggi keyakinan dan kelajuan langkah mereka ya"


Benarlah, bila kita di takat emosi paling rendah, takat kebergantungan kita pada tuhan paling tinggi kan?

Manusia. begitulah fitrahnya.



Baiklah. Doakan saya baik-baik yah. Awak pun juga begitu.

Kenangan 11.11.12

*yes, this is unlisted video. Not public.



Tarik nafas, dan mulakan langkah.

"I am a lady, educate me, teach me, be wise to me, Thru a lady, you will create a better Ummah, remember that. Sehebat mana pun wanita itu, letak nya masih di bawah jaga ayahnya. Di tepi kasih suaminya"


:)

Friday, November 9, 2012

033. Bagaimana?



"Ka, bagaimana melupakan kenangan?"


Kau tahu, kenangan serupa bunga-bunga yang terus bermekaran dalam ingatan. Terkadang waktu adalah pupuk yang baik, terkadang waktu juga adalah hama yang mengikisnya.
Namun, sejalan dengan itu. Tidak lah bijak untuk mengilangkan kenangan.
Karena kenangan yang berarti untukmu, tidak akan pernah pergi. Beberapa kenangan bahkan tetap tinggal, karena ia tahu, sangat tahu, bahwa ada seseorang yang mengajarkan kehidupan untukmu di dalamnya.
Selamat memaknai kenangan. Tersenyum lah, karena ingatanmu selalu mampu mengajarkan sesuatu.



-TiaSetiawati.





Wednesday, November 7, 2012

032. sibuk.



am busy catching up with my hectic life back.

Alhamdulillah.


putting genuine smile and big laugh on my face.


Hari mendung ku dikit-dikit mahu berlalu.


till then.

terimakasih buat semua.
tinggalkan aku sendiri , tinggalkan aku dengan air mata berjurai-jurai , dan kini aku BERDIRI!


Friday, November 2, 2012

031. Kak Fatin.


Bismillah ar rahman ar rahim.

Lebih kurang beberapa minggu kebelakangan ini, hidup bangun malam tidur pagi.
Berjaga menjaga, kononnya menyiapkan segala tugasan bebanan kerja pelajaran.
Dengan kekuatan hati yang meronta-ronta minta diisi,

Aku jadi capek.

But I do know, I need to so something.
I feel like an ultaman, bila hatinya merah menyala-nyala tandanya si orang Ultra perlukan bantuan,
because of his dying heart.

Makanya, aku pun begitu juga.

...

Dari studio malam hingga ke subuh.
Alang-alang sudah hingga subuh, aku beranikan diri melangkah ke masjid yang duduk letaknya tak jauh dari kulliyyah.
Aku rasa tenang dalam kekosongan dan kesunyian ruang itu.
Aku punya segala masa dan konsentrasi untuk berfikir sepanjang perjalanan yang pendek itu.
Gelap pekat malam mengaburi segala duka.
Sunyi tanpa suara membuatkan hanya suara hati yang dapat berbicara, bukan hiruk pikuk manusia.
Sejuk malam menggigit tulang, mengingatkan aku banyak tentang hari bila aku mati.


Begitulah hidup beberapa minggu ini.
Bagi aku, aku harus paksa diri.
Kalau dah terjelopok jatuh, harus bangkit!
Bukan mengaduh tak sudah.
Bukan menangis hingga kering air mata, hingga bisu suara.

Aku perempuan yang punya TUHAN!


...


Nyata, benarlah Tuhan itu Maha Pengasih, lagi Menyayangi.
Dalam syahdu dan sunyi pagi hening subuh.
Beberapa kerat badan yang berada di saf-saf perempuan.
Membuat aku berkenalan dengan seorang kakak.

Seusai subuh yang satu hari itu,
aku menoleh ke kanan, bersalam, berpeluk.
Seorang kakak tersenyum.
Kami berborak-borak sedikit.
Aku mengadu sedikit kepenatan dan perihal hati secara amnya.
Aku perlukan nasihat manusia kuat sepertinya.

Kata-katanya menusuk segala ruang rongga yang ada.
Segalanya dikaitkan dengan DIA yang Utama.
Lagi, membuat aku termenung. Sayu.
Kecilnya aku...

Sedang rancak bertanya itu ini,
ada lelaki sebaya 7 tahun menyelak langsir hadapan,
lalu masuk.

"Mummy, I'm sleepy"

Lantas, membaringkan kepalanya di simpuhan kaki si kakak.
Kakak mengusap-ngusap badan si anak kecil itu.

Subhanallah. Anak sekecil ini, diasuh untuk ke masjid tika Subuh?
Manusia jenis apakah ini?

Aku pandang jauh.
terlalu jauh ... Merenung segala ruang masjid ...


"Awak kena ingat, sikit je lagi ni. Sikit je. Hidup is temporary. Your aim is Jannah. Sikit lagi. Sikit lagi. Lawan! Lawan!" Katanya penuh semangat, tapi penuh naluri seorang ibu.

"Baiklah akak. EnsyaAllah. I will fight. I will"...

...

Hari-hari lain, aku masih ditemukan lagi dengan kakak itu.
Tanpa bertanya nama, cukuplah aku memanggilnya kakak.

Tapi petang itu, barulah bertaaruf sedikit.
Namanya Kak Fatin.
Nama saya Maryam Kirana.

"Akak, macam mana akak ini so strong? What makes you?"

"Awak, kalau awak tahu tentang akak. Lagi lah..... Kita sama. Kita semua tengah struggle"

Kata-kata Kak Fatin buat aku tak percaya yang dia juga punya hal sendiri. Bagi aku, dia terlalu tenang. Senyumnya menggambarkan kelapangan dadanya.

"Akak, macam mana you boleh home school kan Hud. Selalu orang kaya je kan buat anak macam tu. How you manage it? Akak dah stop kerja semua. Akak  senang ye?"

"Awak, kenapa cakap macam tu. There's no problem. No need to be kaya. I am a single mother"


Pang!
Terpana aku di situ.

Kak Fatin rupanya is a single mother. Aku rasa, air mata aku nak berjurai di situ juga. Tahap kekaguman aku padanya, melonjak. Allahurabbi.

Emangnya, dia lagi banyak struggle that she is facing.
And I admiring here, from the deepest of my heart.

Hud dididik dengan penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang lelaki yang cukup baik, EnsyaAllah.
Ilmu agama, Ilmu dunia, semuanya Kak Fatin usahakan sendirian.

Katanya, duit itu sebaiknya dihabiskan. But make sure for the right purpose. Tak perlu nak kaya. Tak perlu nak punya harta. In the end mati, kita tak bawa itu semua. Don't worry, Allah will provide you! Percaya itu!


EnsyaAllah Akak. I will I will



...

Terima Kasih tuhan, along this journey of life, you made me meet all these great faces with superpower strength. Indeed, kita bukan diciptakan KUAT. Kita bukan diciptakan tanpa ujian. Dan kerana itu ALLAH is there, for us, to be depended to HIM. only to HIM.


...


Kak Fatin, semoga semangat akak, sentiasa mekar dalam jiwa saya.


Amiiin.

Thursday, November 1, 2012

030. Perubahan.



dan sekejap dia tersenyum
dan sekejap dia termenung

cepat
tolong

sibuknya dunia.
hati ini disia.

aku mahu fikir yang putih.
kerana fikir hitam, jadi hitam, dan memenatkan.
sungguh.

aku 
tak
tipu.

aku
tak 
tipu
yang
aku
sememangnya
penat.


Selamat datang November.
Moga kisah kali ini, lebih baik.

lebih lebih lebih baik.

EnsyaAllah.

Tuesday, October 30, 2012

029. Endless hope.


Satu pintaku,
agar dikurniakan hati yang tenang,
akal yang mampu berfikir dengan hikmah.



EnsyaAllah.


dan Alhamdulillah.


Moga ini kekal.

Jangan nakal okay.


Wednesday, October 24, 2012

028. My Monday


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah hari ini segar sedikit.
Malam ahad seharian dan semalaman tidak tidur untuk siapkan kerja di studio.
Esoknya Isnin keluar ke Jalan TAR bersama rakan baik baru, AinFa.
Nasib baik tak pengsan di tengah jalan.

Mana taknya, kami berdua decided to be Ninjas once again.
Alhamdulillah.
Makin lama, kami makin selesa begini.
Bukan untuk tontonan umum, tapi mengejar Mardhatillah.
The silent intention is the best, because still we know; Allah listens.

Malamnya, jumpa emak dan Pak Habib.
Rindunya pada dua figura hebat
Asal jumpa Pak Habib, tenang sangat. Buat aku rindu pada atuk atuk lelaki yang aku pernah ada.
Atuk Wahid especially.

"Hai si cantik" , keterujaan Pak Habib bila terpandang aku yang keletihan terduduk di ruang tamu rumah.

Aku tak kisah pun kalau Pak Habib mahu sweettalk or what not.
Sebab , aku rasa itulah cara dia meraikan pengunjung, lebih-lebih lagi si gadis kan?

Aku terbayang , jika Rasulullah saw bagaimana lah pula ya?
Keraian Rasulullah lebih tinggi. Akhlak nya lebih terpuji.
Sedang dengan anak kecil, orang tua yang membenci dan sebagainya kan?
Hebat.


Maka aku membalas teguran Pak Habib dengan senyuman yang aku oles bagi menutup kelelahan ku.


Aku ganti tidur sehingga lah pagi tadi.
Dengan baju yang sama aku pakai hari Isnin, aku pulang ke kampus semula.
Nasib baik orang orang di jalanan tidak dapat  mengecam bau atau lainnya.

Aku kekal wangi kot :D

and plus, I feel so much comfortable to put the niqab again.
So, I put it on again. Eventhough I am alone. Alhamdulillah.

Perjalanan went back to kampus from Hotel di Pwtc, went smooth.
Segala orang di jalanan, semuanya biasa-biasa dalam hidup masing-masing.

Aku tenang.
Aku suka melihat orang dan hidup mereka.


Sesampainya di katil di bilik,
aku tegur AinFa.

Perbualan tentang sakit, tentang hati, assumptions dan banyak lagi.
Aku kata pada dia aku mahu tidur, letih.
Padahal,
aku hanya mahu melelapkan mata, kononnya, bila mata terbuka semula,
I wish things will be better.

Tapi dah berapa banyak kali aku lelapkan mata dalam lena yang panjang mahupun pendek,
ceritanya tetap sama.


And yes, I need strength.

Bila aku bangun, dengan mimpi dan rasa yang sama.
Aku diam.
Aku bangun dari katil.
Seakan di hati penuh berhikmah atas segala yang terjadi.
Aku harus meneruskan hidup.


Alhamdulillah.

Moga fikiran ini kekal.
Moga kekuatan ini berpanjangan.


InsyaAllah.



Lembutkanlah hatiku, dan hati insan-insan yang aku sayang.
Selamanya.

Demi Mu Ya Allah.


Jadikanlah aku, perempuan yang hatinya penuh ladang bunga dan kelembutan,
tapi dipagari tinggi nya tembok tembok besi dan batu.
Agar, hanya yang selayaknya muncul dan meneman aku dalam ladang bunga itu.
EnsyaAllah.

Aku tahu aku kuat.
Aku tahu aku mampu.


Terima kasih awak, kerana menjauh.
Dari jauh, hanya doa agar kita sama-sama bahagia dalam nikmat dan redha Nya.


Maafkanlah, Bersabarlah, walaupun itu adalah benda terpaling susah untuk dilakukan.
Walaupun benda itu terpaling payah untuk disegerakan.

Kenangan Isnin 22 Oktober 2012



Allah is always there. Watching over us.


:)

Monday, October 22, 2012

027. sakit.


Ya Allah.

sakitnya.
Sangat sakit.
Terlalu sakit.

Cepatlah kau kontangkan segala rasa dalam jiwa ku.
Biar tak terluak apa sakit yang tinggal.
Cepatlah kau keringkan segala derai yang berbutir di kelopak ku.
Biar tak berair lagi mata ini.


At least not for now.
At least not for this.

Sunday, October 21, 2012

026. A Forced Fullstop.


At times, I wonder why is it okay for you to say hello to others but not to me.
Is it hard to talk to me.
As it should, as we did before.

"Don't come and go.
Come and go."
Do you remember, that was what you said to me
long ago before,
when I was stepping back from knowing a person like you?

Memories.
Words.
Been cut.

I shall be patient.

To wait for something better that Allah has been promising to us.


Kalau lah ada doktor yang memang observe tahap peningkatan aku,
aku harap progressnya cukup baik.
Aku harap hati kembali segar,
kekuatan kembali pulih.
EnsyaAllah.

I could not stand it,
to cry alone.
to shiver every now and then.
to be numb.
to shout my lung out in the deep silence.

and yes,
Allah is watching. Allah is listening.



Thank You.


Few weeks ago Aaina told me how she feels connected to this song and dedicated to me. But I was blur and I could not receive the message she was trying to send. But now, for every words from this song, I learn and mean it by heart.

Just in case you show up. ; you said you'd call, but you did not. So I guess, I just don't deserve any explanation. Just put a forced fullstop in an incomplete sentence of questions.

026. borak kosong.


"Ji, aku tak sepatutnya nak sedih sedih sangat kan Ji. Ramai lagi orang sayang kat aku, care kat aku, kisah kat aku. kan?"

"haaa. tau pun. macam aku kan?"

"urgh. tak lah... emmm. aku ni macam sampah kan?"

"heesssssh"

"yelah. habistu, kenapa orang buat aku macam ni? kenapa dia buat aku macam ni kan?"

...

"kisah aku boring. aku tau. cuba kau cerita kisah kau yang 'TAK BORING' tu"

...


terima kasih kawan kawan sekalian.
mungkin tuhan mahu beri aku waktu agar hargai hadirnya kalian dalam hidup aku.
terlalu.
paling.



Saturday, October 20, 2012

025. ikut sukahati.



manusia yang kejam.

ada orang pernah mati kerana kehabisan air mata tidak?
macam belum pernah.

tapi,
kalau dah hari-hari berair mata,
aku rasa aku boleh mati.
mati hati.
mati cahaya.


yang pasti aku tetap akan mati,
moga aku mati dalam keadaan aku ingat pada tempat siapa aku akan kembali.

dan

aku sedang berlawan dengan diri untuk tidak membenci.
mesti rasanya seronok jadikan orang seperti guli, ditolak ketepi kekiri kekanan bila mahu,
ikut sukahati.

yes,

IKUT SUKAHATI.


kasihan.

024. Getting Clearer.



"As a friend and your reader once in awhile, fna nampak awak as someone yang sangat delicate and sangat woman betul, your emotions shown. So mungkin in tarbiyyah dari DIA untuk buat awak jadi emotionally strong" , Fna Ishak.

...

Salam alaykum.

Di satu sudut hidup, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui,
pengalaman yang aku kendong,
ingatan yang aku hargai,
dan segala rasa yang aku simpan rapat-rapat,
semuanya bermakna.

Kini, entah mungkin Allah siapkan aku dulu,
kerana dia mahu aku bantu kawan-kawan yang lain.
Bila mana tiba-tiba segerombolan manusia datang,
menjadikan aku bahu mereka,
menjadikan aku telinga mereka,
mendengar kisah yang dirahsia balik senyuman itu.

Aku jadi terkaku.
Ada yang kisah nya begini, ada yang kisah nya begitu.
Alhamdulillah.

Biarlah kata aku kepada mereka, bukan omong kosong,
Biar bukan isinya emosi, tapi berisi mantap memenuhi ruhi.

Aku sendiri masih membina kembali perisai diri.
Menyambung lopong-lopong diri.

And these people help me a lot.
To gain back my strength.
To pat my shoulder back, It's okay to be tested. Because somehow, semua orang pun diuji.
Dulu aku kira, aku paling terpuruk.
Rupanya, lagi banyak kisah yang belum dihebah dari manusia lain.



Aku bertanya pada seorang kakak tentang perihal aku,
Segala mana tentang hati, seakan sudah tertutup,
dan aku pun bukan jenis mudah ber-crush.
Aku seakan takut, mungkin aku sudah menutup segala peluang,
bila ada yang ajak berborak di ruang maya, aku cepat-cepat menjauh.
Alasan menimpa-nimpa aku berikan.

Bukan apa, maaf ya rakan rakan berjantina adam.
I am traumatized.
And, now I only cherish those who are close to me.
Very close. Studiomates, Schoolmates and etc.

Untuk aku membuka ruang baru, mungkin perlukan masa.
Dan masa itu adalah sesuatu yang subjektif.
Mungkin nasihat kat Nurul, belum boleh diguna pakai lagi,
"Mkay kena cuba buka hati awak."



Biarlah aku begini.
Aku bahagia begini.
Aku terhibur melihat rakan-rakan tersenyum gembira.
Aku rasa tenang melihat mereka.
EnsyaAllah.



dan percayalah, kekuatan itu bukan boleh dipinta dari atas katil saja,
You have to work for it.
Go outside.
Do activities.
Husnudzon.



Allah, thank you. I know YOU are always with me. Thank you for putting me thru this wild journey, and finally let me out of it. Biarlah, jika dia mahu membiarkan segalanya tergantung, akan tiba masa, segala rasa akan hilang dan aku mungkin akan terus berlalu dan terbang menjauh.



Moga kalian bahagia.


"The problem with you is, you never appreciate. And if you do appreciate, you never show a slightest appreciation, not even with a simple thanks. Because that shows efforts. At least. So , it is hurtful. And it has to be stopped"


Wasalam.

Tuesday, October 16, 2012

023. Bangkit!



Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah.

Aku nak cakap apa ini?
Blog aku bukan ada tukang bacanya.
Hanya aku yang menulis macam tak siuman bercerita sendiri.
Tentang hikayat diri.

Biarlah begini, mungkin belum masanya aku membuka seluasnya lembar diari ini.
Siapa yang menjengah, jemputlah.

Alhamdulillah,
now I learn how to distinguish unwanted feelings.
A little bit by bit. I have such strong support system.
Been cared like I am baby.
Been asked whether I am okay or not.

and nothing more I should ask.
It is not that I am craving for sick-self-attention or what not.
It is just, I was at the lowest point in my life, good friends and familiy are the ones that stays and support me from falling even deeper.
Random people I met, helped a lot.
New friends and etcera.

"Kau jangan kacau dia, aku bodyguard dia", Ain Farhana :')

Alhamdulillah.


Being in my field, staying up late night at the studio/room, socialize around,
I do admit, I am struggling with myself.
menjaga akhlak, ikhtilat, menjaga hati terutamanya.

Batas antara lelaki dan perempuan.
Moga hati aku keras dan tak secepatnya cair.
Sebab kadang, perlakuan lelaki selalu sangat membuat salah tafsiran pada si hawa.
Maka aku faham, apa yang si dia alami bila mana si teman dahulu mula berbaik dengannya.

Allah. cut it off.


Now, I just want to set my life again.
Re-plan.
Go travel.
Start business.
to Go get busy.
Make new friends.

and most important,

lock my heart again.


"kenangan 14th October 2012 , Alamanda"


Maybe the unsaid apology , is the best thing I could ever received from someone who has been asking me to stay all this while, but in the end, dia lah orang yang tanpa sedar atau mungkin dengan separa sedar atau sepenuh sedarnya dia, dialah yang menyakiti aku hidup-hidup.

I shall not forget you, I shall not out any regrets of knowing you and you,
dendam itu musuh pembinaan iman.

Makanya, doakan perjalan aku kali ini lebih mantap.
Agar menjadi hamba yang bermanfaat pada hamba-hamba yang lain.

EnsyaAllah.


And now I feel like I am writing a speech.
tadaaaa.







p/s : for how far you go, all the memories and the words you have said, are still here. If I can't erase you from my mind and heart, I will always let you be in my deepest and humblest prayers. For everything, is in the hand of Allah swt.