Thursday, April 18, 2013

070. Sudah April.


Assalammualaikum.

Sudah agak lama tak bercerita cerita di sini.
Kalau boleh aku paling sekali tak mahu berbicara tentang hati perasaan dan sebagainya,
lagi.

Aku rasa seperti topik itu topik melemahkan jiwa sanubari.
Bukan kerana kenangan semalam atau apa,
tapi aku tak lihat signifikannya lagi,
untuk berbicara sesuatu yang "entah apa apa"
bila mana tanggungjawab yang lebih penting bertaburan, dan aku tak mampu nak jayakan.

Jujurnya,
apa sahaja lah semester ini ya?

Kadang mahu menjerit segala benak,
dalam sunyi dalam diam,
tapi aku yakin,
tuhan menempatkan aku di satu satu keadaan,
kerana atas kemampuan aku.
dan jikanya aku tak mampu,
makanya adalah kerana, tuhan mahu aku meningkatkan diri menjadi mampu.


Beberapa lewat hari lama lepas,
aku sedikit runsing

lalu aku berhubung terus dengan si adik ,
"Abin. kak na takut kalau benda yang paling kak na lemah, diuji lagi"

"ye lah! sebab kak Na tak pass lagi ujian nya!"


terus tersentap dengan ayat pendek itu.
mungkin dengan segala apa yang terjadi dulu,
sebenarnya tak lah menaikkan aku ke takat mana-mana agaknya.
kerana itu aku diuji lagi.

perhaps.


semua orang pun diuji kan?
cuma bezanya, cara kita bagaimana.


Kadang kadang aku bertanya pada tuhan, bilakah matiku?
Bukan kerana sudah yakin dengan amalku (which is never lansung pun)
Cumanya, aku paling mau, matinya aku dalam ingatann paling terus paling dalam
kepada Nya.

tapi, boleh kah aku kekal di takuk itu?
ah hati
dan iman yang naik turun
ibarat ombak dan pasang surutnya.


Cerita ini nampaknya tiada objektif yang kukuh ya.
aduh aku gagal sekali, bercerita ya.

Maaf.



Biarlah ayat lintang pukang.



Doakan aku, mampu, satu hari nanti menyebar ilmu, menyebar cinta, berkongsi karya
untuk semua .



Dunia, dan segala isinya mencengkam jiwa.
Tapi aku punya tuhan.
yang lebih hebat dari segalanya, bukan


*kesat air mata.



ya , aku dan hidup ku.
dan tuhan yang sentiasa ada dihatiku,
selamanya.
selamanya.
EnsyaAllah.


Thursday, March 14, 2013

069. Calar Kereta.


Balik dari studio di kala subuh.
Kereta Ruby bergesel dengan kereta pakcik mana entah.

Dengan emosi kami yang terumbang ambing,
esok submission
kenyataan yang kami semua belum tidur lagi
pening loya berbagai rasa
dan on the way balik mahallah
untuk solat.

Suasana gelap.

Terus mengingatkan aku pada segala yang terjadi dalam situasi yang lebih kurang sama dengan orang yang berbeza, baik tahun lepas atau dua tahun lepas atau tiga tahun lepas

"eh?
memang dia suka langgar orang, langgar kereta lain ye?"

Subhanallah.

Kelakar.
Itu kenangan aku ada tentang dia ya?

Biarlah aku simpan.,

ah, sudah.

...

Ruby cemas hingga menangis.
Kereta baru pakai tak sampai dua bulan dah calar.
Aku beritahu dia,
stay focus stay calm,
don't be distracted,
calar sedikit,
kita ada tugas lagi besar,
project submission on FRIDAY!

ah. gila.

aku pun sebenarnya dalam hati dalam minda celaru.
lukisan autocad dan sketchup dan manual
ke laut ke timur ke barat.

Tapi aku diamkan,
ah belum subuh lagi,
aku malas nak bergaduh dengan pakcik perasan bagus.

Aku tanya si teman baik, apa patut di buat,
jawab si dia, tak tahu.

Lepas solat subuh,
aku berteleku,
dengan kepala berat tak tidur lagi,
aku tak tahu apa rasuk ke aku,

terus aku tanya sekali lalu,

"Dulu masa scratch kereta buu tu buat macam mana nak cantikkan semula? Polish je kan? Gosok gosok sikit kan?"

Sent.

Delete pesanan yang dihantar, supaya aku tak ingat.
dan jika tidak menerima balasan,
aku pun tak terasa apa-apa.
Not attaching anything to me, kononnya.

dan kemudian terus tertanya,
"Maryaaaaam, what have you done?"

ah malas nak salahkan diri.
tuhan dah tetapkan begitu.
dan niat aku bukan niat berpusing pusing,
niat aku cuma mahu tanya, dan ...
ya dan hilang semula

seperti biasa kan.

Biarlah, asalkan Ruby tenang dan tak menangis lagi.
Aku tahu sangat sifat si teman itu, sayang sangat pada miliknya si kereta itu.
Dan dalam ambang ambang semua orang dan emosi dan kepenatan saling berlawan,
aku perlu bantu,
at least to ease her beban.

...

Earlier last night, berborak dengan cik Ain,
aku suka rangkap dia kata kepada aku,

"Kita ni cuma subtopik je dalam hidup orang lain. Entah di baca entah tak. Tak bagi kesan pun kan. Orang pun tak perasan"


ha'ah memang subtopik.


tapi dari sub topik lah, yang jadikan jalan cerita untuk mendukung topik utama.
kan Ain?

never mind, kita semua pernah jadi, atau pernah menjadikan sesiapa as subtopic dalam hidup kita.

Moga Allah redha.
Moga ad hikmah.



...

Ye, saya menaip ini dalam keadaan separa sedar.
Lepas solat, lepas sibuk mengadu pada tuhan agar hati lecturer dilembutkan,

saya terus menaip.
kejap lagi sambung autoCad.


...

Mohon doa.


yang benar,
zombie.




...and I spend my whole life hiding my heart away...

Sunday, March 10, 2013

069. Random guy on the street.


Salam alayk.

"Jalan ini sumpah panjang, jalan ini melelahkan, tapi jalan ini paling jelas where we are heading to"

"Ya Allah. apa aku dah buat minggu ni. proposal ini tak siap, paperwork ini tak siap, itu tak tanda tangan lagi, studio works lagi, meeting every night, kelas sampai petang, dan aku tak mampu jadi contoh yang baik. Hadir aku sama saja macam semua. Apa aku dah buat jika aku benar benar sudah ditarbiyyah? Marah aku mampu dikawal? Tekanan aku mampu dijaga? Sayang aku bagaimana?"


Allahurabbi, sungguh minggu lepas terlalu banyak pergolakan dalam minda. Lebih lagi tentang perihal diri, perihal peningkatan ruhiyah. Bukan kerana bebanan kerja, tapi kerana memikirkan hal ehwal diri yang tak mampu benar benar menjadi Qudwah Hasanah. Dan sering bermain di fikiran ku,

"Andai lah Rasul Allah ada di sisiku, apa yang dia lakukan? Pasti begini, pasti begitu, lebih baik berganda ganda berbanding aku"

Perasaan menyalahkan diri, yang emangnya untuk aku bakar semangat diri.
Bukan makin melemah.

Dan benar lah, perjuangan diam diam ini, yang tak nampak pada mata kasar, adalah sangat menguji,

Baru aku faham bila baca tulisan orang, dengar khabar orang

Semuanya bukan murah, bukan mudah.

Allahu Ya Rabb.

...

dan sabtu semalam, yang memang aku dah 'pangkah' LEPAS SUBUH ke masjid "USRAH SINGA RONGAK" .

amazingly Allah itu nak memujuk agaknya,
bila Kak Fatimah , naqibah tersayang bukak ayat 9 : 111
Bila tuhan berbicara, yang dia membeli jiwa raga kita , semangat membara kita . dan kita haruslah bergembira dan jual beli itu, kerana pulangannya lumayan, jika kita benar benar ikhlas. Sedangkan, kita tak punya apa pun yang milik kita kan?

tergamam aku di situ.

Terlalu kena pada hati, ibarat si tuhan memujuk agar aku kekal yakin dengan jalan yang aku pilih, dengan apa yang perlu dikorbankan untuk something better, dan untuk menjadi hamba, sepenuh hamba. EnsyaAllah

Indeed, everyone has their own struggle kan?

Don't brag about yours, when everyone is having theirs.

...

Lepas usrah, aku buat sikit site analysis di Rectory Building
dan bila masa tamat, aku pantas ke tujuan Sabtu ,
untuk berjumpa adik yang paling paling paling dirindu.

Sungguh, to meet familiar face at times like this, adalah sangat menyenangkan.

Sanggup . Aku memang perempuan yang sanggup buat kerja gila, semata hanya kerana cinta, sayang rindu dan segala. Harap nya untuk tuhan dan agama, yang aku canang aku sayang, aku sanggup bergadai nyawa juga. Amiiin amiiin. I need actions, not words uttered bluntly. I know.


dan hari berjalan jalan dengan laju sekali.

Minggu lepas, aku termasuk sekali dalam "Explorace" organized by Quranic Youth Club.
Nak dijadikan ceritanya, sebagai peserta, yang kononnya komited,

di checkpoint depan Sogo,
ada task

"TO TRANSLATE THE MEANING OF SURAH AL-ASR in other languages selain BM/BI"

oh task untuk street da'wah lah katanya.

Lantas, kami mencari "orang" untuk didakwahkan lah.

...

Hendak dijadikan cerita, tuhan itu tahu segala.
Di tepi tepi itu ada seorang perempuan cina sedang mempromosikan "ASTRO"
berdiri tegak, menyisir rambut panjang.
tipikal amoi

"Boleh awak tolong translate ayat ayat ni in mandarin ke hokkien ke?"

Begitulah kononnya bibit perkenalan.

dipendekkan lagi cerita,
si gadis cina tadi kurang fasih berbahasa melayu,
ditariknya si teman "Astronya"

"tolong saya ini" , pelat cina gadis itu pelat yang pekat.

lelaki itu namanya Afiq, perempuan itu Jenny.
Aku lihat dari riak si Afiq, tahunya tentang surah itu, dan agama ini pun agak kelam kelam.

Sedikit benak ku bersedih. "Allah, dia Islam, tapi kalam mu, belum tahu sebaiknya"

Aku jadi sebak, "Banyak lagi tugas ku, menyedarkan ummah. menyedarkan manusia"

TASK KAMI SELESAI, selepas berjenuh lelah menghuraikan maksud dan makna satu satu, baik kepada si perempuan atau si lelaki sarawak itu.

Bahasa Sarawak , Bahasa Iban , Bahasa Mandarin  - DONE!

oh ya, dan edarkan risalah tentang tuhan, tentang agama, tentang jesus

...

Ini sebenarnya cerita sebenarnya SABTU lepas.

lepas lunch, dari sogo nak ke busana mall semula,
dari jauh aku dah nampak rambut si lelaki itu,
bersemangat sungguh nak edarkan promosi Astronya lagi.

Aku tersenyum dari jauh, sambil berbisik ke Abin,
"eh kak na kenal orang tu"

We passed each other, aku mendongak sedikit.
Dia terpandang mata aku,
Hanya senyum aku lampirkan,

dia pula,

"heyyyy awaaaaaaak, sayaa kenaaal awaaaaak"

dari jauh menjerit.
Kelakar.

Macam dalam filem.


Aku hanya menoleh dan bermuka manis sejenak dan menundukkan kepala
Lalu aku pandang ke depan untuk teruskan langkah.


"Heyyyy awakk kencing sayaaa yeee?"

sedetik cuma, dia berteriak begitu
dan mampu buat aku tersentak


aku berhenti.
aku menoleh.
aku memulakan derap langkah ke dia.


"hey, kenapa pulak awak cakap saya kencing awak?????"

menjadi aku, yang pantang dicabar, pantang diprovoke, pantang ditengking,
aku ke dia, minta penjelasan.

"ye lah, awak edar risalah. awak suruh kitorang translate. tapi tak bagi tahu tu ayat apa, surah mana. ustaz ngaji saya marah tau. saya pun ada ustaz mengaji saya. dia suruh mintak"

Aku hela nafas panjang panjang.

Allahurabbi.

dia sebenarnya nak bertanya tentang hal surah hari itu.
tersentuh sangat ke benak paling dalam.
terlalu.

Aku kira, kerja mudah minggu lepas, hanyalah sekadar helaian biasa untuk hidup aku, hidup nya.

Moga, hati lelaki itu bersih. dan beriya iya mahu belajar tentang agama. Moga.


Aku terang baik baik, yang itu adalah arahan "SI PEMBUAT ARAHAN, bukan atas arahan aku"
Aku beritahu elok elok, itu ayat berapa, surah apa

dan dalam kekalutan dan derapan langkah manusia yang laju di keliling ,

"Sorry, awak"


aku pergi.
Abin di tepi setia menanti.

...


Lepas solat, aku jumpa Abin.
Aku peluk cium Abin.

dan aku sertakan nota kecil untuk si random guy on the street.

"Surah al-Asr Surah ke 103. Ayat 1-3. Maka rugi lah semua manusia di dunia kecuali mereka yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.  Be true. Be patient. -Maryam"

...

Langkah aku padu,
Hati aku punya tuhan.
Jika secebis usaha ku ini mampu buka hati si stranger untuk lebih mengenal tuhan,
aku harap sahamnya,
ada di dunia lagi satu sana,


berdebar.
orang sibuk.
laju arus kota.
lintas jalan.
mata meliar.


"Afiq, Afiq. Nah. ni nama surah tu"


aku terus pergi, bila mana kertas bertukar tangan.
tanpa sekilas pandang.
ku hayan langkah.

"Assalammualaikum"

...


Nah. sampai di situ saja kisah.
Aku kira ini lah tarbiyyah tuhan.

Saban minggu aku berkeras dengan diri sendiri. menyalahkan setiap pelusuk diri,
bila mana aku lihat, perilaku ku banyak compangnya.
banyak huduhnya. Sedih.

Rupanya, dalam kesibukan kota,
ada juga "a random stranger" yang terkesan dengan "a small gesture" itu.

Indah dunia.
Cantik aturan.
Halus hikmahnya.


Dan itulah cara tuhan memujuk.
Perlahan, tetapi berterusan.

...


Baiklah Maryam, bertabahlah...

Salam Alayk wbt.






Wednesday, March 6, 2013

068. Kisah Central Market.



Bismillahhirrahmanirrahim.

Jujurnya, banyak yang bermain di kepala setiap kali aku berjalan, setiap kali aku bermesyuarat, setiap kali aku sibuk dengan hal hal studio dan sebagainya.

Aku rangkapkan segala untaian kata dalam baris baris karangan dalam kepala.
Ingin dikisahkan di sini.
Tentang hidup dari pagi hingga petang secara bersahaja.

Tapi bila aku punya masa yang aku curi curi begini
At 4 am in the morning,

aku kaku.

Aku menaip tanpa aturan yang sudah aku aturkan dalam kepala.
Hilang entah mana.

Ah kuasa tuhan.

Aku mahu berkongsi cerita.

1. Hari beberapa minggu lepas , aku merangka INDUCTION COURSE untuk kanak kanak Kulliyyah Architecture & Environmental Design. Aku suka bekerja merancang untuk apa yang aku suka dan betul mahukan. I am a planner. Especially for the things that I love. for people that I love. But coming to work.
Yeah, aku mahukan sangat menghubungkan semua tenaga kerja KAED dari akar umbi hinggalah kepada tukang gerak kerja.

Yang kelakarnya, hari Jumaat sebelum Explorace, aku dan Ain Farhana sudah pun menjelajah ke setiap pelusuk kota Kuala Lumpur, melihat kawasan strategik untuk dijadikan checkpoint dan aku curi masa si Ain juga kerana itu kali terakhir dia bergelar BUDAK UIA before she heads off to another Uni.

Dan memang aku berangan dari dulu (dengan Kumin) untuk berjalan menjengah kota. Aku minatnya melihat hidup manusia di celah celah lorong, walaupun nampak macam aku anak manja. Tapi, ah aku peduli apa.

Aku suka melihat sisi gelap dan hitam sesuatu, so that I will appreciate the brighter side of it.

Dipendekkan cerita, hari pelarian pun bermula. dan paling kelakar,
di checkpoint CENTRAL MARKET, dua anak buah ditarik.

Faris & Abrar telefon telefon aku yang di DATARAN MERDEKA.

kasihankan pada mereka, aku gagahkan jua, berjalan sendiri sendiri.

dalam hati , pada bibir, aku kumat kamitkan segala ayat, "robbish rohli...."

biar lancar pertuturann ku.


"Mkay, Bos Jaga nak jumpa. Kau jawab lah dengan diorang"

Air liur saja aku mampu telan dalam terik matahari bahang bumi Khatulistiwa.


Datangnya aku ke CM disambut oleh pakcik bermisai A. Galak, bersuit lengkap askar dengan beretnya. oh kasutnya kilat baru di-polish pagi tadi agaknya.

Aku buat muka selamba je. Walaupun dalam hati "Ya Allah..... apa niii. mudahkan lah urusan. lancarkan lah kata ku seperti mana kau lancarkan ucapan Musa a.s"


"Oh awak lah yang organize benda ni semua?"

kedatangan aku ke dalam bilik ke kecil celah ceruk CM dimulakan dengan suara tegas pakcik ketua jaga. Aku dengan muka tak bersalah, dok hai hai dan menyapa si dua kawan yang 'ditahan'. Kononnya dengan datang nya aku, untuk menebus mereka. Ah mengada lah pakcik.


Alhamdulillah everything went well. Aku kira itu kenangan paling mahal.
Sebab itu, aku perlu sangat coretkan sebelum aku lupa. sebelum aku tua.

:)


"ah, pakcik tu boleh lah. depan perempuan cair. berlembut. Kau ni halus sangat, mkay"
Faris membebel bebel. Abrar kekal senyap.


Ah kawan kawan, aku sayang kalian semua. terima kasih kerana membantu bos kicik ini.


Alhamdulillah.


Dengan semangat seorang perempuan, dengan hati ku ada DIA, dengan pertolongan manusia manusia lainnya, aku tak punya apa alasan untuk berlemah lemah .

I love when I am so passionate and yaqeen about something.


Assalamualaikum wbt.

Friday, March 1, 2013

067. Awal semester.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam alayk wbt.

mencuri sedikit masa untuk berkisah kisah di sini.
sendirian di studio, menunggu waktu untuk usrah pertama semester ini.

sungguh, jadual semester ini padat.
padat dengan pelbagai rencah,
baik hal hal belajar, hal hal pembaikan diri, hal hal menambah baik cinta dalam diri.


I take this page as my private way to express myself.
secara bercerita
bukan rangkap pendek
dan ayat yang patah patah.


Hidup, alhamdulillah.

tidak sempurna,
tapi cukup.

dan bagi aku, bila sesuatu itu cukup dan melapangkan dada,
itu adalah bahagia sebenarnya.

walaupun sesibuk mana.


Kawan baik yang baru berkenal lebih kurang empat bulan ,
sudah ke jajahan lain.
Biarlah, aku relakan dengan segala aturan tuhan.


bagi aku,
cantik segalanya.

perfectly fits.


datangnya dia,
penuh makna,
berselang seli dan bagi aku, saling melengkapi.

semoga awak baik baik di tempat baru.
walaupun saya sibuk, saya tak pernah lupa manusia lain.

entah apa lah jadinya aku dulu,
jika aku sendiri sendiri.
bukan tak kuat sendiri.

tapi kau faham kan,
kalau pokok dicabut akarnya,
nak ditumbuh balik,
lembut sungguh batangnya kan?

sekali badai datang menggila, habis tercabut balik pokok comel baru ditanam kan?

tuhan tak pernah kejam.

dia berikan sokongan dalam diam.
dia hantar orang orang memimpin
biar aku mampu kesat habuk,
keringkan air mata,

dan berdiri

dan melangkah kembali.


Untuk kali ini,
perancangan aku jauh.

terlalu jauh.


Semoga mampu.


yang kecil kecil, perancangannya ada.
untuk menguatkan jiwa lagi dan lagi.


"Kenapa kau dulu nak berubah? sebab manusia? sebab tuhan? sebab apa?"

nah, ini lah yang aku perlu buktikan.
nyatanya, bukan pada manusia.

kerana, aku penat memberi kata jelas.

biar urusan aku dengan tuhanku sendiri.


aku ingin ke takat lagi satu, jika aku layak.
dan untuk layak, ujiannya bukan mudah,
dan aku pasti setiap takat, akan jadi makin payah.


dengan tugas yang aku ada sekarang,
dengan tanggungjawab yang aku pegang sekarang,
I have to set my focus straight.

untuk perkara remeh,
mungkin hati ini tidak punya ruang
untuk berbicara tentang hal hal picisan
dan akal dilatih untuk sentiasa bergerak laju
setangkas gerak kaki dan hayun tangan.


Aku tak pernah kira, di pandang pada mata manusia.
cukuplah apa perkiraan aku, apa langkah aku,
aku punya sebab.


dan bila aku sebabkan segalanya kepada Nya.

aku lega.
nafas lelah hilang.


dan aku tahu,

tuhan tak pernah mensia siakan aku.
dan juga kamu semua.



Allahurabbi, terimakasih.

Saturday, February 23, 2013

066. Clarify.



Bismillahhirrahmannirrahim.

First of all. saya kira penulisan yang beberapa lepas dulu buat orang "assume" yang si penulis dah bertunang. Kelakar bila diajukan soalan bertubi-tubi. Allahurabbi.
Kan saya cakap, dilema itu terjadi pada si teman, untuk diri sendiri, kan dah cakap kita chill chill dulu, mantapkan diri, mantapkan iman, bina akhlak untuk jadi wanita yang lebih baik.

Banyak lagi step untuk didaki. Banyak lagi lopak yang harus diperbaiki. Tak sempurna, tapi mungkin lebih elok dari sebelumnya? EnsyaAllah. Allah saja yang put the marks kan?

*Lega.

...

Don't judge only by what you see.
Ask and get the picture right.


Friday, January 25, 2013

064. Simpan itu lebih istimewa.


Salam alayk wbt.

Tenang sungguh pagi Jumaat ini. Mungkin ye, sebab semalam Maulidur Rasul. Or Its just me or the day itself.
Pagi ini menegur kawan baik di Germany. Rindu.

Aku ni jenis yang bila rindu, simpan.
dan I do appreciate quality time spent together walaupun sedikit. Tapi precious. Bermakna.
Macam, aku lebih suka borak privately with people, for serious matters rather than tegur di mana-mana.
atau
Aku bukan lah juga jenis yang akan sentiasa bertanya khabar, bercerita sana sini.

I'd prefer everything to be done in such "special" ways. Cara rahsia, tapi istimewa.
Bagi aku, sesuatu yang istimewa itu bukan sesuatu yang dimegah-megahkan.

Hanya aku, yang tahu dan tuhan yang beri rasa itu.

Alhamdulillah.

For great friendship Allah has bestowed upon me dengan manusiawi yang indah rupa bentuk diri dan hati
dan
Family, for their endless love.
dan
Atas segala nikmat yang tak mampu didustakan.


Dan kadang-kadan aku sangat terharu dengan manusia yang sanggup beri effort to show some love and appreciation. Iyelah, semua orang dalam dunia ada "hal" masing-masing, but somehow some little beautiful creatures on earth tetap sanggup spare some of their time yang super padat, just to be with their orang tersayang. Tak kisahlah, kawan ke,  family ke. Indeed, kalaulah aku mampu sebaiknya bahagikan badan dan masa untuk semua, akan aku buat. Mungkin dengan cara itu, baru terbukti kasih dan sayang ?

Ah literal .

Its just, aku ingat kau dalam doa aku. dan kau sentiasa mendoakan kebaikan untuk aku. Mungkin itu lebih manis? Di Masyhar nanti, kita boleh lihat dalam rentetan ulang tayang perilaku kita semua kan? Biarlah rahsia sekarang.

Kelakar betul bila aku ajukan soalan pada orang-orang,

"Kau baca blog aku tak?"

dan dijawabnya , "Dulu baca lah. sekarang tak. Kisahnya manjang sedih je"


Aku tergelak. dan aku bilang semula,

"Sabarlah. sabarlah. Nanti ada lah kisah bahagia. gembira. Ahah. Allah tahu semua. Chill k"


Biasalah manusia, ada benda yang dia kongsi pada orang. Ada benda yang dia simpan sendiri.

Sebab tu sayang.



Alhamdulillah. rasa ringan hati bila pagi tadi bangun.
Rasa dah lepas dan luah segala pada yang selayaknya.
Nak diluah pada orang pun, ditapis-tapis.

Agar tak terlalu.

Manusia, secuba mana pun dia untuk membantu, they will never get the true meaning of your words.
Allah juga yang tahu.

Dengan beban beban dan fikiran tentang amsa depan, aku letak pada Dia.
Arahkan aku pada yang baik pada DarjatNya.
Kalau yang elok itu ada dekat dengan ku, maka permudahkanlah jalannya.
Kalau yang elok masih jauh dengan ku, maka persiapkanlah aku sebaiknya.

After all, life is a journey kan?

Our problems will stop when we die. Itu lah garis penamat manusia di dunia. Tapi selepas itu, what hold us next? Maaf lah, reading my blog dah tak seperti blog anak anak yang ditarbiyyah lain. Mungkin cara aku berbicara lebih senang begini.

Nanti ye, bila ada idea nak bermadah puisi bagai. Entahlah, mungkin sekarang, mahu disimpan semua rasa itu untuk sendiri kot.

:)


Jaga diri, dan ini ada buah tangan. Kisah seorang mujahidah yang matinya cukup tenang. Segalanya dipandang baik dari sisinya. Dia tahu dia sedang diuji tuhan. Dan kerana syurga itu terlalu mahal, hanya orang sepertinya yang diuji dengan sebenar-benar iman. Ah cantiknya iman awak ya ukhti. Kuatnya kebergantungan awak padaNya ya ukhti. dan,

baiknya sangkaan kau sentiasa pada Ya Rabb, walaupun tubuhmu longlai dan akhirnya menghadap Ilahi jua.


Kisah Hajar.


oh, terlupa :)

ihik, kalau sayang pada nabi, bukan sehari dua. hari-hari kena tunjuk. Just follow his Sunnah. Just keep on Selawat. dan inilah cinta yang tidak akan mati. 



Salam alayk wbt.

Monday, January 21, 2013

063. Steps for future.


Assalammualaikum wbt.

As we know, setiap apa yang terjadi dalam hidup amatlah tak boleh nak dijangka. Yes we may plan, but to make it happens. Semua Allah yang punya kuasa! Full Authority I shall say.

Dah lama tak bermelankolik dalam penulisan. Mungkin jiwa dah sedikit dikit mahu sembuh :)
Alhamdulillah.

After all, cuti kali ini banyak benda yang tiba-tiba terjadi. Baru balik mukhayyam. Ingatkan nak urus diri prektis jadi anak mithali. Rupanya, Allah nak datangkan lagi ujian hati. Kali ini, yang melibatkan masa depan.
I shall keep this wholeheartedly. Semoga apa yang dirancang, Allah perkenan dan permudahkan.

"Bila datangnya seorang lelaki, yang kau redha agamanya, janganlah kau tolak pinangan itu. Nanti kelak akan berlaku fitnah bertebar di muka bumi"

Buat kawan saya yang berhadapan dengan situasi harus memilih dalam dua itu, saya doakan yang terbaik.

Berjauhlah dari keduanya. Istikharah & Hajat jangan lekang. Rapatkan balik hubungan dengan Allah. He will guide you. tak sangka, asyik sangat menasihat si teman itu, bila diri pun diuji juga. Tapi kali ini, kita lek lu. chill chill minum kopi. Cukuplah pengalaman lalu yang aku kira pahit tapi ada manisnya, mengajar.

Aku nampak, ciri bagaimana aku perlu, bukan mahu semata.
Aku sedar, aku orangnya bagaimana. Manja banyak karenah dan sebagainya. I am thankful. For every experience that I have encountered through times.

mengenal manusia dan sifatnya. meletakkan tuhan pada hati. beri aku keyakinan untuk kekal melangkah.

Mohon kiriman doa yeh.

:)


dan plan plan waktu cuti memanglah banyak.

1. jahit cover buku.
2. do some reading.
3. and the list goes on ... 


kemas rumah dan prektis jadi anak yang baik, supaya bila jadi isteri, boleh jadi isteri yang haybat sehaybat khadijah r.a. EnsyaAllah.


After all, its a long way to go. Kalau ada alam yang aku yakin, aku perlu tempuhi, alam itu adalah alam barzakh. And its better for me to concentrate more for that.


Allahurabbi, now I can see clearly, what Allah has in store for me. Alhamdulillah. 


:)


Moga kekal beristikharah dan berhajat. Nak buat pilihan yang terbaik untuk masa depan, adalah sesuatu yang memerlukan a very wise thinking.


Assalammualaikum wbt :)

Wednesday, January 9, 2013

062. Sebelum balik.



Umar dah cakap, kalau Kak Na balik rumah kena buat perjanjian!

saya dah nampak dah masa depan saya di rumah bagaimana.
hahaha


dan bapak di belakang talian bersuara

"ha, jangan buat rumah ni macam hotel"


hehehe. sebab balik rumah je, konon-konon uia ni oversea lah sangat. nak sesuaikan masa la apa lah.
Jetlag bagai lah kononnya kan. so end up : ganti tidur for 9868378 hours.


ceh.

nak kahwin konon?


Urus diri bagi elok molek dulu ye :)





cita cita nak balik esok pagi lepas subuh. Harap makbul.
tapi bag gedabak pun tak start packing lagi.


gaaaah.



Salam alayk wbt.


p/s : berlaku baik dengan keluarga dan kerabat sendiri itu lebih penting . mari usahakan. to write it out. memang mudah. zaaaasss je lajunya. To apply, perlu pemahaman dan kesabaran.


dan bapak beli tivi baru. yosssshi can't wait to menonton movie bersama keluarga. Bapak, bapak. antara handphone dan tivi, dia lagi beli tivi. sedangkan handphone dah boleh dikategorikan uzur. hehe iloveyou pak.


Tuesday, January 8, 2013

061. To do on Tuesday.



Bismillahirrahmanirrahim.

Mari!

Berlapang dada. Tersenyum dan mulakan hari selasa ini dengan ...



Membayar saman!


hehe

to do before balik :

1. Meet/Breakfast with Kak Syaaimaaaaa'
2. Bayar saman & pulang buku library
3. Luncheon with QurratuAini
4. Late Luncheon with Atikah Hanafi
5. Meeting Archimic
6. Pack my bag balik JB & camping stuff
7. Meet Julianazareen for breakfast
8. Gerak balik JB

9. before balik, tulis note for ATIQAH & pergi Office Mahallah uruskan pasal pulang kunci
10. Ahad depan balik semula ke UIA, for Mukhayyaaaaam Khariji di Hulu Langat yeay!


see. I have to list out what I HAVE TO DO and WHERE I HAVE TO GO...

or else...


Dulu-dulu, ada seseorang pernah cakap kuat-kuat next to me ,

which I can't remember sangat the exact susunan ayat.

"You ni, time management teruk" marah marah pun, hujung ayat tu dia senyum gak.

padahal lambat turun dari bilik like 10 minutes je. Baru tunggu kejap dah membebel kalah makcik kan?


Hahahaha. since that day berazam untuk mengubah diri dan menyusun atur kan hidup. Sebab mak dok mengadu perihal anak dia ni kat orang lain. Mana cek tak malu :D


Yeh, life needs something to be improved day by day kan?


Apa pun, now I have to pray henfon ni, degil. dah charge tapi tak nak masuk. Dok mati jaaa.

Petanda apakah ini?


And and and, sebelum memulakan hari yang super sibuk sampai ke esok, ada baiknya saya capai tuala dan mandi yeh.


Dhuha jangan lepat. Insert sekali hajat or istikharah.


:D



Salam Alayk.



060. Ahad lepas.


Salam alayk wbt.

Ahad 6th January 2013.

1. Jadi Usher orang datang  majlis kahwin abang Aaina Hanis.
2. Finally, Last Usrah berjaya diadakan.


Alhamdulillah . I have to mark these two big events. Somehow anyhow lah kan.

Jadi usher bidan terjun ni kelakar. Sebab, suddenly orang ingat I'm one of the saudara mara, even pakcik catering pun ingat I'm one of them. Its okay. I just feel good and happy to help around. Mak & Ayah Aaina pun sangat cool. Dan paling penting, Aaina Hanis satu figura yang terlalu banyak membantu aku all this while. Dari tragedi memujuk aku yang menangis nangis tak sudah dari KLCC ke Restoren Cina di Wangsa Melawati. Dan Aaina lah perempuan yang orang kata "kasar" yang sebenarnya banyak sisi lembut yang aku admire. Bila aku di rumah Bik Gee, dia lah jadi peneman dan tukang culik, "Aaaina, mamak jom."  "Aainaaa, cendol". dan bayangkan, wanita yang ramai antara kita ingat tidak punya perasaan inilah, yang aku habiskan most of the time talking about life and perhaps, love matters. Ingat lagi, di waktu malam, singgah pergi 7E Melawati, almost half an hour sahaja, kami habiskan berbual dalam kereta. Even kadang-kadang kalau dah sampai depan rumah Bik Gee pun, Aaina will park the car, and we will continue to talk. She has the best quotes about life :)

Dari dia aku belajar, orang yang nampak takde perasaan , adalah yang sebenarnya paling banyak perasaan. cuma she decided to memerhati dan menilai dan kemudian simpan.

Subhanallah. Aku terlalu sayang dengan friendship ini. We know when we need each other. Kami berdua bukanlah jenis berhubungan selalu. Ber-sms memang tak lah. Berjumpa lagi lah jarang. Sebab itu, one of my reasons tak nak bersedih lagi, sebab malu pada si kawan ini. Banyak sangat yang dia tolong to cheer me up. How on earth, aku patut balas tindakan baiknya itu dengan keep on being "sad" kan?

Aku selalu ulang dan ulang, "Kalau lah Aaina ni lelaki, memang kita nak kahwin dengan Aaina." atau "Aaina lah boyfriend kita versi perempuan"

:)

Aku suka menyakat dia sangat-sangat when she's driving. Like what I love to do when ... eh.
Tapi yang bestnya Aaina , dia melayan. And what more? Oh yeh. I still have the "suka menyanyi" thing in me, walaupun jiwa ditarbiyyah, ada lagi kesukaan begitu. Tapi aku try to limit it. Si Aaina yang memang lah ratu karaoke  adalah teman terbaik kalau nak bawak pergi melalak (suatu ketika dulu) Now, I am not going anymore (bukan tak pergi. Tapi cuba merestrictedkan gerak laku sendiri. selagi mampu)

On the way back from Dewan Abang Aaina kahwin, there were only me and Aaina in the car. Suddenly terkeluar topik, "Apa eh lagu yang bla bla bla (kaitkan with a peribahasa tentang janji manis)?"

I shouted out loud in the car, "Hatiiii membekuuu mengingattkaaaan kata janjiiii manisssmuuuu"

and sing together siap google the lyric and go to the next song "keabadian cinta".


Allahurabbi. I just love doing random things with my orang-orang tersayang.

I dont know, on the way back, hanya terfikir "I have to tweet about this" tapi Twitter account has been deactivated at that time. But now, I decided to blog about it. I just want to keep this memory for years.


dan Aaina ada exam pada hari Isnin, tapi masih mahu melayan aku ke cendol dan beli satey.

Tuhan, sayangilah Aaina Hanis bt Zuhairi sebanyak-banyaknya dan berikanlah yang terbaik untuknya. Sesungguhnya aku sayang teramat pada perempuan itu.


Hehe, I know she won't read this. She doesn't know how much I love her as well.

Now ada mission : Untuk men-ladylike kan Aaina !



2. Last Useroh. Finally! Alhamdulillah semua ahli Singa Rongak managed to come kecuali Hanan. Hanan is having exam on the next day. But its okay, berkoyan-koyan sayang dan doa kami untuk ukhti tersayang :)


It was just a short meeting (planned to be short tapi as usual bila kami bertemu, pasti akan dragged masanya.) Dan semalam, almost at 11.00pm+ baru habis bersembang. We just shared our moments and muhasabah diri balik, before and after menjadi ahli #SingaRongak.


Kak Mira cakap, "Hari ini, sebenarnya berat hati nak pergi usrah ni. Maaf lah jujur sangat. Sebenarnya tadi keluar lalu Satey Kajang. Terdetik nak satey. Tapi sekarang, tup tup datang usrah, ada satey"  And she smiled wholeheartedly.

Seronoknya beri surprise pada orang, tanpa mengetahui yang sebenarnya orang itu mengidam 'surprise' yang kita bawa. So I said to her "Kak Mira, sebenarnya, Allah saja nak uji akak dengan berberat hati. See, akak datang and you get what you idamkan"

Alhamdulillah. Bersyukur melihat semua bahagia dan gembira.


Dan bila tiba giliran aku, aku hanya mampu menahan air mata dan perlahan-perlahan bersuara dengan sesingkatnya. Aku harap apa yang aku perkatakan, biarlah pendek tapi padat dan bermakna.

Aku genggam tangan Kak Syaimaa', Naqibah kami , sebelum memulakan ucapan.

"Semenjak semester lepas, prestasi menurun. Pemikiran ke lain. Masalah hati. Nampak je happy. Masuk semester ini, dah rasa paling down. Hari-hari menangis. Rasa macam hidup dah crashed habis. Rasa dibuang. Rasa kalau ada sampah itu di tepi jalan, kita dah setaraf dah dengan sampah itu" ... masing-masing khusyu' mendengar.
"Tapi, ingat tak masa usrah pertama, ada orang tu dia cakap 'Antunna ini semua permata. you are like diamonds and gems. Allah nak polish antunna semua....'. Hati kita pun rasa terketuk sangat. Allah? kau still nak terima aku? walaupun dah kotor gila?" aku genggam lagi erat-erat tangan Kak Syaimaa' mohon kekuatan agar air mata tak menitik.


Menjadi aku, dan berprinsip menjaga rahsia diri.

Bila ahli-ahli bertanya perihal apa yang menjadikan aku merasa begitu jatuh. Aku hanya berdiam. dan aku bilang,

"Sekarang baru lah kita faham dan rasa sendiri. Bila kita betul-betul nak buang karat Jahilliyyah tu, memang sakit dia terlalu sangat. Awak bayangkan nak cabut sesuatu yang dah sebati dalam diri. Ye lah, kita tak sebaik kalian yang qawiy, berlatar belakang baik-baik. Dan sesungguhnya semua proses itu kena tahan. Sakit sangat. Tapi kita tak nak jadi, satu hari nanti, mana lah tahu, kalau kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin. I say no to this and that, But I am doing it. Gila fake dan hipokrit"


Mata mereka membundar lagi. Makanya, I decided to stop talking. To cut off the anxiety to know more about my past.


"Alhamdulillah. Sekarang ada korang semua. Doakan kita kuat okay. Allah pernah bagi kita hidayah, I took it, I decided to change. Lepas tu lagha-lagha. Selama mana pun kita cakap kita nak menjaganya, kita tak kan mampu, kalau benda itu salah. And Now He is giving me another chance. and I won't be looking and turning Back ensyaAllah. Sayang sangat hidayah itu. dan, kalau kita nak berubah, memang Allah akan uji sangat-sangat dengan apa yang kita sayang dan apa yang kita percaya"

Aku senyum dan memeluk Kak Syaimaa.



Biarlah, dari sisi apa sekalipun hidup seseorang itu dicungkil, agar dia tahu baliknya nanti tetap pada Yang Satu itu juga kan?

Biarlah, sekasar mana pun aku, aku tetap mahu membina kekuatan sendiri yang selama ini dibiar roboh kan?



Setiap hari dalam hidup aku, aku rasa terhutang budi pada semua manusia yang muncul accordingly to HIS plan. Setiap hari, aku rasa Allah terlalu baik buat hambaNya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik. Sila sedar diri, awak tu hamba. Berlagak as hamba. Bukan TUAN kepada HAMBA!



Syukran Jazilan.


Salam alayk.


Moga hati kita sentiasa berada dalam LindunganNya. Jika ada sayang, rahsiakan. Jika ada rindu, rahsiakan. Kerana, kita ada perantara yang Maha Hebat, yang Maha Tahu segala :)


p/s : tak rancang nak buat entry macam essay. arghhh bila Mkay dah mula menulis. and let her heart speaks. haa padan muka :P




Saturday, January 5, 2013

059. Jadual Hidup.



Salam Alayk.

pernah satu masa di studio semester ini, seorang kawan menegur bila ternampak aku mengisi jadual hidup berkalendar yang berkotak-kotak aku letak atas meja "workspace" di studio.

"ha. penuh kan semua penuhkan... biar tak muat nak isi" , T.

"memanglah. biar penuh masa aku. tak sempat buat kerja lain. tak sempat fikir lain. biar sibuk" , M.

"ha nanti kawin macam mana lah. suami anak semua kat rumah tu", T.

"biarlah. kesian suami kurang kasih sayang kahwin dengan aku kan?", M.

lalu, aku pun pergi dari meja sendiri dan meneruskan urusan hari itu.
Sungguh dalam hati aku sebenarnya berkata lain dari apa yang aku ucapkan.

Bagi aku, sekarang inilah masanya untuk belajar bahagi masa betul-betul. Masa muda inilah aku kena paksa rela gadaikan apa yang aku ada untuk diinfaqkan. Kalau dikira harta, mana mungkin aku punya apa-apa.
Sepantas aku terfikir, hanyalah kudrat yang terlampau berbatas ini. Yang aku harus kerah kan.

Cukuplah dengan masa dan zaman yang aku dah siakan.

Mahu kah lagi hidup begitu?
Bila terasa bumi seakan gelap, menekan diri dan hati kian ranap?

Allahurabbi.


Alhamdulillah. setakat mana aku penuhkan jadual hidup, aku tahu tujuan aku. dan aku lihat perancangan itu dari pelbagai jangka dan sudut.

Mungkin boleh jadi atau selalunya, "I am an impromptu person" , but please know, bila aku jadi manusia yang "terjah" je, adalah bila aku yakin dan degil dengan langkah ku.

Waktu lain, memang aku orangnya suka susun satu satu, hari ini buat apa, hari esok buat apa.
Sebab itu , I have to have activities to do. Or else, tidur dan duduk melangut sajalah aktiviti harian.

remember,

"Allah's plan is always the best and has been planned beautifully. In His will, there's no too late or even too soon"

Alhamdulillah.


Bila mana Allah mahu tarik seseorang itu, dia akan tarik dengan sepenuhnya,
and its up to that person, to accept it or not.
Dalam hidup terlalu banyak sangat pilihan kan?


Dan kerana itu, ada masa aku menghilang. Ada masa aku menjelma.
Kerana apa?

Kerana, hati aku ini hati manusia biasa.
Yang imannya ada naik turun.
Sebelum terlalu futur atau tenat , sakit dan lalu mati, ada baiknya, aku pantau gerak laku dan getus hati sendiri.

Agar sentiasa di- refresh.

EnsyaAllah kheyr.


:)



Aku hanya mampu tersenyum bila dua orang ini menegur :


"Mkay dah bahagia ye sekarang?", Yana.

"Ha? kenapa pulak?", M.

"Boleh nampak lah", Yana.


that's enough. Aku letak apa yang patut aku letak dalam benak sanubariku. dan moga aku sentiasa kuat dalam mempertahankannya.



"Mkay ni memang suka sangat berahsia", Syaimaa'

dan atas ayat pendek ini, aku amat terharu sekali.
Aku rindu , pada diri aku yang terlalu amat perahsia.
Alhamdulillah, I'm getting back my own self dan keep struggling to maintain it :)


Allah yussahil.




Dalam sibuk merangka-rangka Last usrah lewat kesibukan usrahmates dalam minggu peperiksaan ini, Kak Syaimaa' menyentuh hati dengan sepatah ayat pendek, tapi ingin ku pahat dalam-dalam,

"Training untuk Maryam, bakal Murabbiah Osem"

:)



Kalian, jika kalian tahu kisah aku, pasti kalian akan mensampahkan saja aku, seperti mana aku diperlakukan, Alhamdulillah, tuhan masih mahu memandang pada aku. mendengar rayu dan tangis aku. Dan atas nikmat kurniaanNya , mana mungkin aku patut berlagak sombong padaNya?




Semoga hati kita, laku kita, dalam jagaanNya.




Salam Alayk wbt.



"Yes, now I can officially claim that, SAYA DAH HABIS SEMESTER SATU TAHUN DUA alhamdulillah" 
:)

Tuesday, January 1, 2013

058. 2012. thanks.


semoga semua yang telah terjadi,
menjadi kan kita insan yang lebih baik.
Pada mata tuhan.

bukan hanya atas timbangan manusia semata.


Nothing more I could wish for, melainkan agar kekal cinta pada yang sepatutNya.
dan menjadi perempuan yang berhikmah.


EnsyaAllah.




Lebih baik mungkin?


2012, terimakasih.