Friday, March 1, 2013

067. Awal semester.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam alayk wbt.

mencuri sedikit masa untuk berkisah kisah di sini.
sendirian di studio, menunggu waktu untuk usrah pertama semester ini.

sungguh, jadual semester ini padat.
padat dengan pelbagai rencah,
baik hal hal belajar, hal hal pembaikan diri, hal hal menambah baik cinta dalam diri.


I take this page as my private way to express myself.
secara bercerita
bukan rangkap pendek
dan ayat yang patah patah.


Hidup, alhamdulillah.

tidak sempurna,
tapi cukup.

dan bagi aku, bila sesuatu itu cukup dan melapangkan dada,
itu adalah bahagia sebenarnya.

walaupun sesibuk mana.


Kawan baik yang baru berkenal lebih kurang empat bulan ,
sudah ke jajahan lain.
Biarlah, aku relakan dengan segala aturan tuhan.


bagi aku,
cantik segalanya.

perfectly fits.


datangnya dia,
penuh makna,
berselang seli dan bagi aku, saling melengkapi.

semoga awak baik baik di tempat baru.
walaupun saya sibuk, saya tak pernah lupa manusia lain.

entah apa lah jadinya aku dulu,
jika aku sendiri sendiri.
bukan tak kuat sendiri.

tapi kau faham kan,
kalau pokok dicabut akarnya,
nak ditumbuh balik,
lembut sungguh batangnya kan?

sekali badai datang menggila, habis tercabut balik pokok comel baru ditanam kan?

tuhan tak pernah kejam.

dia berikan sokongan dalam diam.
dia hantar orang orang memimpin
biar aku mampu kesat habuk,
keringkan air mata,

dan berdiri

dan melangkah kembali.


Untuk kali ini,
perancangan aku jauh.

terlalu jauh.


Semoga mampu.


yang kecil kecil, perancangannya ada.
untuk menguatkan jiwa lagi dan lagi.


"Kenapa kau dulu nak berubah? sebab manusia? sebab tuhan? sebab apa?"

nah, ini lah yang aku perlu buktikan.
nyatanya, bukan pada manusia.

kerana, aku penat memberi kata jelas.

biar urusan aku dengan tuhanku sendiri.


aku ingin ke takat lagi satu, jika aku layak.
dan untuk layak, ujiannya bukan mudah,
dan aku pasti setiap takat, akan jadi makin payah.


dengan tugas yang aku ada sekarang,
dengan tanggungjawab yang aku pegang sekarang,
I have to set my focus straight.

untuk perkara remeh,
mungkin hati ini tidak punya ruang
untuk berbicara tentang hal hal picisan
dan akal dilatih untuk sentiasa bergerak laju
setangkas gerak kaki dan hayun tangan.


Aku tak pernah kira, di pandang pada mata manusia.
cukuplah apa perkiraan aku, apa langkah aku,
aku punya sebab.


dan bila aku sebabkan segalanya kepada Nya.

aku lega.
nafas lelah hilang.


dan aku tahu,

tuhan tak pernah mensia siakan aku.
dan juga kamu semua.



Allahurabbi, terimakasih.

2 comments:

Keknis said...

dalam gmbar tu mkay tengah pegang ape? huu..

LailaAlfisyahr. said...

gambar my painting masa first year dulu :D

hihi suka sangat orang berniqab.