Thursday, March 14, 2013

069. Calar Kereta.


Balik dari studio di kala subuh.
Kereta Ruby bergesel dengan kereta pakcik mana entah.

Dengan emosi kami yang terumbang ambing,
esok submission
kenyataan yang kami semua belum tidur lagi
pening loya berbagai rasa
dan on the way balik mahallah
untuk solat.

Suasana gelap.

Terus mengingatkan aku pada segala yang terjadi dalam situasi yang lebih kurang sama dengan orang yang berbeza, baik tahun lepas atau dua tahun lepas atau tiga tahun lepas

"eh?
memang dia suka langgar orang, langgar kereta lain ye?"

Subhanallah.

Kelakar.
Itu kenangan aku ada tentang dia ya?

Biarlah aku simpan.,

ah, sudah.

...

Ruby cemas hingga menangis.
Kereta baru pakai tak sampai dua bulan dah calar.
Aku beritahu dia,
stay focus stay calm,
don't be distracted,
calar sedikit,
kita ada tugas lagi besar,
project submission on FRIDAY!

ah. gila.

aku pun sebenarnya dalam hati dalam minda celaru.
lukisan autocad dan sketchup dan manual
ke laut ke timur ke barat.

Tapi aku diamkan,
ah belum subuh lagi,
aku malas nak bergaduh dengan pakcik perasan bagus.

Aku tanya si teman baik, apa patut di buat,
jawab si dia, tak tahu.

Lepas solat subuh,
aku berteleku,
dengan kepala berat tak tidur lagi,
aku tak tahu apa rasuk ke aku,

terus aku tanya sekali lalu,

"Dulu masa scratch kereta buu tu buat macam mana nak cantikkan semula? Polish je kan? Gosok gosok sikit kan?"

Sent.

Delete pesanan yang dihantar, supaya aku tak ingat.
dan jika tidak menerima balasan,
aku pun tak terasa apa-apa.
Not attaching anything to me, kononnya.

dan kemudian terus tertanya,
"Maryaaaaam, what have you done?"

ah malas nak salahkan diri.
tuhan dah tetapkan begitu.
dan niat aku bukan niat berpusing pusing,
niat aku cuma mahu tanya, dan ...
ya dan hilang semula

seperti biasa kan.

Biarlah, asalkan Ruby tenang dan tak menangis lagi.
Aku tahu sangat sifat si teman itu, sayang sangat pada miliknya si kereta itu.
Dan dalam ambang ambang semua orang dan emosi dan kepenatan saling berlawan,
aku perlu bantu,
at least to ease her beban.

...

Earlier last night, berborak dengan cik Ain,
aku suka rangkap dia kata kepada aku,

"Kita ni cuma subtopik je dalam hidup orang lain. Entah di baca entah tak. Tak bagi kesan pun kan. Orang pun tak perasan"


ha'ah memang subtopik.


tapi dari sub topik lah, yang jadikan jalan cerita untuk mendukung topik utama.
kan Ain?

never mind, kita semua pernah jadi, atau pernah menjadikan sesiapa as subtopic dalam hidup kita.

Moga Allah redha.
Moga ad hikmah.



...

Ye, saya menaip ini dalam keadaan separa sedar.
Lepas solat, lepas sibuk mengadu pada tuhan agar hati lecturer dilembutkan,

saya terus menaip.
kejap lagi sambung autoCad.


...

Mohon doa.


yang benar,
zombie.


No comments: