Tuesday, October 30, 2012

029. Endless hope.


Satu pintaku,
agar dikurniakan hati yang tenang,
akal yang mampu berfikir dengan hikmah.



EnsyaAllah.


dan Alhamdulillah.


Moga ini kekal.

Jangan nakal okay.


Wednesday, October 24, 2012

028. My Monday


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah hari ini segar sedikit.
Malam ahad seharian dan semalaman tidak tidur untuk siapkan kerja di studio.
Esoknya Isnin keluar ke Jalan TAR bersama rakan baik baru, AinFa.
Nasib baik tak pengsan di tengah jalan.

Mana taknya, kami berdua decided to be Ninjas once again.
Alhamdulillah.
Makin lama, kami makin selesa begini.
Bukan untuk tontonan umum, tapi mengejar Mardhatillah.
The silent intention is the best, because still we know; Allah listens.

Malamnya, jumpa emak dan Pak Habib.
Rindunya pada dua figura hebat
Asal jumpa Pak Habib, tenang sangat. Buat aku rindu pada atuk atuk lelaki yang aku pernah ada.
Atuk Wahid especially.

"Hai si cantik" , keterujaan Pak Habib bila terpandang aku yang keletihan terduduk di ruang tamu rumah.

Aku tak kisah pun kalau Pak Habib mahu sweettalk or what not.
Sebab , aku rasa itulah cara dia meraikan pengunjung, lebih-lebih lagi si gadis kan?

Aku terbayang , jika Rasulullah saw bagaimana lah pula ya?
Keraian Rasulullah lebih tinggi. Akhlak nya lebih terpuji.
Sedang dengan anak kecil, orang tua yang membenci dan sebagainya kan?
Hebat.


Maka aku membalas teguran Pak Habib dengan senyuman yang aku oles bagi menutup kelelahan ku.


Aku ganti tidur sehingga lah pagi tadi.
Dengan baju yang sama aku pakai hari Isnin, aku pulang ke kampus semula.
Nasib baik orang orang di jalanan tidak dapat  mengecam bau atau lainnya.

Aku kekal wangi kot :D

and plus, I feel so much comfortable to put the niqab again.
So, I put it on again. Eventhough I am alone. Alhamdulillah.

Perjalanan went back to kampus from Hotel di Pwtc, went smooth.
Segala orang di jalanan, semuanya biasa-biasa dalam hidup masing-masing.

Aku tenang.
Aku suka melihat orang dan hidup mereka.


Sesampainya di katil di bilik,
aku tegur AinFa.

Perbualan tentang sakit, tentang hati, assumptions dan banyak lagi.
Aku kata pada dia aku mahu tidur, letih.
Padahal,
aku hanya mahu melelapkan mata, kononnya, bila mata terbuka semula,
I wish things will be better.

Tapi dah berapa banyak kali aku lelapkan mata dalam lena yang panjang mahupun pendek,
ceritanya tetap sama.


And yes, I need strength.

Bila aku bangun, dengan mimpi dan rasa yang sama.
Aku diam.
Aku bangun dari katil.
Seakan di hati penuh berhikmah atas segala yang terjadi.
Aku harus meneruskan hidup.


Alhamdulillah.

Moga fikiran ini kekal.
Moga kekuatan ini berpanjangan.


InsyaAllah.



Lembutkanlah hatiku, dan hati insan-insan yang aku sayang.
Selamanya.

Demi Mu Ya Allah.


Jadikanlah aku, perempuan yang hatinya penuh ladang bunga dan kelembutan,
tapi dipagari tinggi nya tembok tembok besi dan batu.
Agar, hanya yang selayaknya muncul dan meneman aku dalam ladang bunga itu.
EnsyaAllah.

Aku tahu aku kuat.
Aku tahu aku mampu.


Terima kasih awak, kerana menjauh.
Dari jauh, hanya doa agar kita sama-sama bahagia dalam nikmat dan redha Nya.


Maafkanlah, Bersabarlah, walaupun itu adalah benda terpaling susah untuk dilakukan.
Walaupun benda itu terpaling payah untuk disegerakan.

Kenangan Isnin 22 Oktober 2012



Allah is always there. Watching over us.


:)

Monday, October 22, 2012

027. sakit.


Ya Allah.

sakitnya.
Sangat sakit.
Terlalu sakit.

Cepatlah kau kontangkan segala rasa dalam jiwa ku.
Biar tak terluak apa sakit yang tinggal.
Cepatlah kau keringkan segala derai yang berbutir di kelopak ku.
Biar tak berair lagi mata ini.


At least not for now.
At least not for this.

Sunday, October 21, 2012

026. A Forced Fullstop.


At times, I wonder why is it okay for you to say hello to others but not to me.
Is it hard to talk to me.
As it should, as we did before.

"Don't come and go.
Come and go."
Do you remember, that was what you said to me
long ago before,
when I was stepping back from knowing a person like you?

Memories.
Words.
Been cut.

I shall be patient.

To wait for something better that Allah has been promising to us.


Kalau lah ada doktor yang memang observe tahap peningkatan aku,
aku harap progressnya cukup baik.
Aku harap hati kembali segar,
kekuatan kembali pulih.
EnsyaAllah.

I could not stand it,
to cry alone.
to shiver every now and then.
to be numb.
to shout my lung out in the deep silence.

and yes,
Allah is watching. Allah is listening.



Thank You.


Few weeks ago Aaina told me how she feels connected to this song and dedicated to me. But I was blur and I could not receive the message she was trying to send. But now, for every words from this song, I learn and mean it by heart.

Just in case you show up. ; you said you'd call, but you did not. So I guess, I just don't deserve any explanation. Just put a forced fullstop in an incomplete sentence of questions.

026. borak kosong.


"Ji, aku tak sepatutnya nak sedih sedih sangat kan Ji. Ramai lagi orang sayang kat aku, care kat aku, kisah kat aku. kan?"

"haaa. tau pun. macam aku kan?"

"urgh. tak lah... emmm. aku ni macam sampah kan?"

"heesssssh"

"yelah. habistu, kenapa orang buat aku macam ni? kenapa dia buat aku macam ni kan?"

...

"kisah aku boring. aku tau. cuba kau cerita kisah kau yang 'TAK BORING' tu"

...


terima kasih kawan kawan sekalian.
mungkin tuhan mahu beri aku waktu agar hargai hadirnya kalian dalam hidup aku.
terlalu.
paling.



Saturday, October 20, 2012

025. ikut sukahati.



manusia yang kejam.

ada orang pernah mati kerana kehabisan air mata tidak?
macam belum pernah.

tapi,
kalau dah hari-hari berair mata,
aku rasa aku boleh mati.
mati hati.
mati cahaya.


yang pasti aku tetap akan mati,
moga aku mati dalam keadaan aku ingat pada tempat siapa aku akan kembali.

dan

aku sedang berlawan dengan diri untuk tidak membenci.
mesti rasanya seronok jadikan orang seperti guli, ditolak ketepi kekiri kekanan bila mahu,
ikut sukahati.

yes,

IKUT SUKAHATI.


kasihan.

024. Getting Clearer.



"As a friend and your reader once in awhile, fna nampak awak as someone yang sangat delicate and sangat woman betul, your emotions shown. So mungkin in tarbiyyah dari DIA untuk buat awak jadi emotionally strong" , Fna Ishak.

...

Salam alaykum.

Di satu sudut hidup, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui,
pengalaman yang aku kendong,
ingatan yang aku hargai,
dan segala rasa yang aku simpan rapat-rapat,
semuanya bermakna.

Kini, entah mungkin Allah siapkan aku dulu,
kerana dia mahu aku bantu kawan-kawan yang lain.
Bila mana tiba-tiba segerombolan manusia datang,
menjadikan aku bahu mereka,
menjadikan aku telinga mereka,
mendengar kisah yang dirahsia balik senyuman itu.

Aku jadi terkaku.
Ada yang kisah nya begini, ada yang kisah nya begitu.
Alhamdulillah.

Biarlah kata aku kepada mereka, bukan omong kosong,
Biar bukan isinya emosi, tapi berisi mantap memenuhi ruhi.

Aku sendiri masih membina kembali perisai diri.
Menyambung lopong-lopong diri.

And these people help me a lot.
To gain back my strength.
To pat my shoulder back, It's okay to be tested. Because somehow, semua orang pun diuji.
Dulu aku kira, aku paling terpuruk.
Rupanya, lagi banyak kisah yang belum dihebah dari manusia lain.



Aku bertanya pada seorang kakak tentang perihal aku,
Segala mana tentang hati, seakan sudah tertutup,
dan aku pun bukan jenis mudah ber-crush.
Aku seakan takut, mungkin aku sudah menutup segala peluang,
bila ada yang ajak berborak di ruang maya, aku cepat-cepat menjauh.
Alasan menimpa-nimpa aku berikan.

Bukan apa, maaf ya rakan rakan berjantina adam.
I am traumatized.
And, now I only cherish those who are close to me.
Very close. Studiomates, Schoolmates and etc.

Untuk aku membuka ruang baru, mungkin perlukan masa.
Dan masa itu adalah sesuatu yang subjektif.
Mungkin nasihat kat Nurul, belum boleh diguna pakai lagi,
"Mkay kena cuba buka hati awak."



Biarlah aku begini.
Aku bahagia begini.
Aku terhibur melihat rakan-rakan tersenyum gembira.
Aku rasa tenang melihat mereka.
EnsyaAllah.



dan percayalah, kekuatan itu bukan boleh dipinta dari atas katil saja,
You have to work for it.
Go outside.
Do activities.
Husnudzon.



Allah, thank you. I know YOU are always with me. Thank you for putting me thru this wild journey, and finally let me out of it. Biarlah, jika dia mahu membiarkan segalanya tergantung, akan tiba masa, segala rasa akan hilang dan aku mungkin akan terus berlalu dan terbang menjauh.



Moga kalian bahagia.


"The problem with you is, you never appreciate. And if you do appreciate, you never show a slightest appreciation, not even with a simple thanks. Because that shows efforts. At least. So , it is hurtful. And it has to be stopped"


Wasalam.

Tuesday, October 16, 2012

023. Bangkit!



Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah.

Aku nak cakap apa ini?
Blog aku bukan ada tukang bacanya.
Hanya aku yang menulis macam tak siuman bercerita sendiri.
Tentang hikayat diri.

Biarlah begini, mungkin belum masanya aku membuka seluasnya lembar diari ini.
Siapa yang menjengah, jemputlah.

Alhamdulillah,
now I learn how to distinguish unwanted feelings.
A little bit by bit. I have such strong support system.
Been cared like I am baby.
Been asked whether I am okay or not.

and nothing more I should ask.
It is not that I am craving for sick-self-attention or what not.
It is just, I was at the lowest point in my life, good friends and familiy are the ones that stays and support me from falling even deeper.
Random people I met, helped a lot.
New friends and etcera.

"Kau jangan kacau dia, aku bodyguard dia", Ain Farhana :')

Alhamdulillah.


Being in my field, staying up late night at the studio/room, socialize around,
I do admit, I am struggling with myself.
menjaga akhlak, ikhtilat, menjaga hati terutamanya.

Batas antara lelaki dan perempuan.
Moga hati aku keras dan tak secepatnya cair.
Sebab kadang, perlakuan lelaki selalu sangat membuat salah tafsiran pada si hawa.
Maka aku faham, apa yang si dia alami bila mana si teman dahulu mula berbaik dengannya.

Allah. cut it off.


Now, I just want to set my life again.
Re-plan.
Go travel.
Start business.
to Go get busy.
Make new friends.

and most important,

lock my heart again.


"kenangan 14th October 2012 , Alamanda"


Maybe the unsaid apology , is the best thing I could ever received from someone who has been asking me to stay all this while, but in the end, dia lah orang yang tanpa sedar atau mungkin dengan separa sedar atau sepenuh sedarnya dia, dialah yang menyakiti aku hidup-hidup.

I shall not forget you, I shall not out any regrets of knowing you and you,
dendam itu musuh pembinaan iman.

Makanya, doakan perjalan aku kali ini lebih mantap.
Agar menjadi hamba yang bermanfaat pada hamba-hamba yang lain.

EnsyaAllah.


And now I feel like I am writing a speech.
tadaaaa.







p/s : for how far you go, all the memories and the words you have said, are still here. If I can't erase you from my mind and heart, I will always let you be in my deepest and humblest prayers. For everything, is in the hand of Allah swt.

Sunday, October 14, 2012

022. From dirt to an asset.


Aku scroll folder gambar, baik di instag, baik di dalam laptop sendiri.
Nyata setiap gambar punya cerita sendiri.

Ada yang masih aku ingat bagaimana perasaan di balik setiap gambar tersebut.
dan aku tersenyum.

Pantas masa berlalu,
tapi emosi aku tetap sama.

Kalau dikira dari 10 gambar, 8 antaranya adalah gambar yang berperasaan sama di sebalik gambar tersebut.
Rahsia. dan aku harap aku akan sentiasa ingat dan ngerti perasaan itu.


Looking back at everything, at every journey, at every pit stops, at every people that i've met through time,
Makes me wonder somehow, but I know those wonders will lead to such assumptions and what not.
To kill it, is by sending prayers to those people that I've been missing fondly.
I do hope things will get better, somehow eventually.

I do hope there will be second hello or anything, but for now its better to keep silent.
Or else, I'll be astray again, even more.



Went to Usrah last Thursday. It was the first Usrah that i've went for this semester with this group of Kak Syaimaa'.
Because the previous week, I went back to Kampung due to Ayah's funeral and majlis tahlil etc.
The words that ripped my heart and knocked my face is ,

"Antunna ini semua digolongkan dalam kumpulan ini sebab naqibah antunna yang dahulu nampak potensi antunna. Antunna adalah asset. Makanya kami mahu polish awak semua"


and again I cried. Right in the middle of that meeting.

Slowly the tears running down my cheeks.



Di satu sudut lain hidupku, aku dilayan seperti aku tidak punya harga.
Hilang penghargaan diri dari orang terhadap aku.
Dilempar seperti sampah , dibuang menjauh , dikoyak carikkan segala perasaan yang ada.

Tapi di satu sudut lain, masih ada yang menanggap kami ini Asset.
Kami boleh digilap. Kami adalah The Agent of Change?

Allahurabbi.



Kau faham tak, perasaan aku macam,
dari seorang yang hina dina, ditarik balik masuk dalam kelompok putih suci bersih?
Kau faham tak? hati aku ini sudah bertampal tampal dengan noda yang aku sendiri larikkan?
aku masih diterimakah dalam bulatan kalian?

Asset apa yang aku punya?
Aku sehabis baik mendaki hidup ini semula.
Payah, kau tahu bukan?

Aku setegarnya cuba menceduk kuah-kuah kekuatan yang masih tinggal.
Kau tahu sakitnya bukan?


Air mata ibarat peneman paling akrab buatku.


Biarlah begini, until the tears really does , finish.






Terima Kasih Tuhan.



Tipulah jika aku kata aku tak rindu atau completely melupakan.
Segala sakitnya masih berbekas.
Segala kenangan masih bermain di kepala.
Segala . gala .




Sudahlah.

Aku hamba.
masih hamba.
akan sentiasa menjadi hamba.



dan senjata ku paling ampuh yang aku punyai, adalah rantaian doa.



"Sabarlah. Allah bersamamu setiap ketika. Jaga amarahmu. Elokkan Akhlakmu. Bukan mahu jadi sempurna, tapi menjadi hamba yang sebaiknya" , EnsyaAllah.





Assalammualaikum.

Saturday, October 13, 2012

021. In ugly.





dalam buruknya sesuatu, aku sentiasa lihat cantiknya dia.

at least, aku akan cuba untuk melihat begitu.



walaupun , pernah rasa disampahkan.

Thursday, October 11, 2012

020. My brick walls.




two years or three years ago.



2012.
Aku jenis yang ingat apa yang aku peduli.

Lantas, aku teringat satu penulisan yang aku kira aku tulis dengan sepenuh hati dua tahun lalu, sewaktu sesuatu itu belum dimulakan. Sebuah perkenalan, belum diterima pada waktu itu. Aku perempuan besi. Aku perempuan keras hati.

Masa.
Menjadikan aku seorang yang mungkin sedikit berbeza.
Bukan kerana lupa diri, tapi kerana pengalaman banyak mengajar.

Mana garang aku hilang?

I am so bold and firm.
At least I used to be as one, not when you came over unannounced.

Aku harus ingat balik, siapa aku sebelum ini.
Agar aku tidak jatuh ditendang lagi.

Terimakasih tuhan atas segala liku hidup, gelak tawa, sempit dan lapang sebuah kehidupan.
Aku terima baik buruk atas setiap kejadian Mu.

Alhamdulillah.

Aku masih aku yang suka lingkaran kecil manusia yang aku percaya dan aku sayang.
Aku masih aku yang tidak gemar melayan, tapi hanya mahu berkawan.
Aku masih aku yang punya kasih punya sayang pada barang-barang yang punya harga pada aku.
Aku manusia, punya kisah. seperti juga kau.


...

Entry posted on 12th March 2010 11.22 am
on Diammm.blogspot.com
and now is kept as draft.



Assalammualaikum.

Another random thoughts and confession to be made. Kau orang semua pernah tak rasa semacam membuat pagar/halangan/dinding yang membataskan kau dengan dunia luar/strangers?

Seperti, building up walls around you not only just to make you feel secured. But, you don't really like the idea of sharing everything to everyone. 


For the past years, i might be the bubbliest girl. Peramah macam hape. Tapi lama-lama benda itu macam berubah. And i am not blaming anyone. Because somehow i am thankful that i can wisely start to think what's good and what's not. 

People may not agree with our decisions in life but at least, they will respect somehow. Even if they have to. 

I thought this "building up walls thingy"  never affects or no one would ever realise. Sebab secara lahiriah. I can be smiling and play joke around. Tapi one of my friend, Arni suddenly spilled this out.

"Awak ni macam Kumin lah. Awak share dengan certain orang je", Arni said.

and I replied. Yep sometimes sangat secretive. Don't ask me why am i building up walls and fences and maybe put myself in isolation. To be honest, i don't really feel isolated. Bersyukur pada Allah, aku ada manusia manusia/ malaikat kiriman-Nya yang ada disisi.


Getting mature, i have been through out phases yang setakat ini menguji erti-erti persahabatan. I know i am not that old/experienced enough to say anything regarding love relationship or even friendship. But eventually, i believe that, apa sahaja yang aku dah telan, tetap manis walaupun ada pahitnya sana-sini. 

Therefore, i am thankful enough of whatever experience that i have and those small-small things that really brought me up and finally made who i am today. (read this, i am still learning indeed, however i have put myself a principles of life)

And after each day, some of my perceptions towards life,people and etc just keep on changing. For example, dulu zaman Myspace, memang teruja sangat untuk membuat kawan. Dan alhamdulillah setakat ini kawan-kawan ini masih kekal. Dan telah ditakdirkan untuk berjumpa dan akhirnya hidup bersama. (Arni , Fiena , and etc) Ikhlas kan persahabatan macam ini? Walaupun bermula di ruang maya? Thank God... 


Dan sekarang, bila ditanya kenapa kau tak nak kawan dah dengan semua yang di FACEBOOK tu? entahlah. semacam tak ikhlas aku rasa. semacam semua orang ada tujuan masing-masing. Rasa maca, di add sebab ada "mutual friends" dan paling jijik, sebab nak tambah bilangan kawan maya (yang tak pernah lansung ditegur)



I had this case with one of my senior (senior sekolah ye. bukan UNI.) nanti ada yang perasan pulak! haih 
Because of he is one of my senior yang kinda ajar berlakon dulu. I approved him. Ala senior je pun. Ingat aku ni kerek,poyo,belagak bagus,perasaan sangat ke, sampai nak ignore semua orang?! 

And one day he asked for number.and honestly (sumpah aku tak bodohlah kan?) (and with the kirim salam kirim salam thing my other senior passed down for me from him)  you know what will happen next. Ala lelaki nak mengusha junior (yang dia ingat kacang goreng mudah). I dont really entertain. And i said, ala borak kat FB je lah eh. (something like that) 

selang beberapa hari. lesap dah. Maybe dia bengang kot. I dont actually know whether dia bengang dengan diri sendiri. atau bengang dengan aku yang konon-konon perasan bagus. Tapi entahlah. I dont really mind, if nak tegur publicly. Kau ikhlas nak berkawan. Kau buat cara begitu. Serta-merta kita boleh judge orang tu.

Aku tak sedih pun kalau hp aku tak ade message masuk to say "Goodnight. muah muah" duh so lame. Lebih baik i act like that. Kalau tak, sewenangnya saja. I really cherish people who appreciate others and befriend with a very respectful manners.

" Aku bukan orang yang rajin melayan. Aku cuma rajin BERKAWAN (if it is a real friendship,you say)"



Semua orang  boleh jadi kawan aku. Semua orang. Aku tak sombong. Tak pernah terniat nak sombong. Sesungguhnya Allah melaknat orang yang sombong. Aku pun risau kalau orang yang aku Ignore di Facebook ingat aku sombong kerek and etc. Tapi nak buat macam mana. Biarlah kawan aku 10 orang. tapi 10 itu benar berkualiti.

Yang aku nak sampaikan, berkawan biar ramai. Tapi hargai sehargainya yang sebetul permata itu. Tak semua orang mampu nak layan karenah dan sanggup panjat dinding yang aku sendiri reka. Aku tahu itu. Sebab itu, aku tak minta lebih. Bagi aku, biarlah, asal ada nama "kawan". Selagi jauh manapun kita pergi, kita tetap "kawan". Biarlah sekali setahun kau tanya khabar aku. Aku tak kisah. Sebab in the end, kita tetap kawan.



Tapi, aku sangat secretive. Bukan loner. Aku tak suka gebang-gebang hal sendiri dengan semua orang. Even kalau masalah, seboleh mungkin aku simpan. Even aku sedih, sakit hati, aku sedaya upaya simpan. Mungkin kadang-kadang hati aku macam dah berat gila nak tahan semua. Tapi takpe, Allah always knows better. And He is always there even if no one is with me. 

dan aku mintak maaf bila mana ada orang terasa hati dengan aku. 

aku cuma ada masalah untuk terlalu rapat dengan orang. dan aku sangat sedih bila orang yang aku rasa aku sangat rapat dan percaya , don't really treat me as well. Sebab bukan senang aku nak longgarkan dinding aku ini. 

Assalammualaikum
*there's to be a video here*

Video ini dah lama sangat rakam. To kill the boredom after a lot of reading. Do enjoy this
:)

p/s : Aku tak kisah apa kau nak fikir tentang entry ini. Sebab kadang-kadang TIADA ORANG (will just be no one) yang akan 100% faham diri kita sendiri, melainkan KITA 

...

dan kini, aku tersenyum sendiri.

dan kini, aku mula menyapu pelekat atas batu bata untuk membina kembali tembok kukuh agar tidak runtuh.

Allah yussahil.

Tuesday, October 9, 2012

019. Everyone is missing her



"I told you everything you wanted me to. I also want the old Mkay back. I miss her. The Mkay yang teman I travel around Europe. Mkay yang I hang out sama kat Flaming. Naili's, Yang pecahkan telur dalam my car. Mana Mkay tu?"

"I miss to see the old Mkay that I used to see", Asyikin F.


"Mana Mkay yang lama? Yang kuat?", Sofy A.




semua orang rindu aku.
dan sebenarnya. memang aku rindu Mkay yang lama. Mkay yang kuat.
Aku tahu aku kuat, orang sekeliling aku pun semuanya kuat-kuat.

Kenapa awak rindu saya, bila awak dah rosakkan apa yang ada?
Awak ingat saya boleh dikutip bila suka, di lempar bila perlu, dijaga bila mahu?



Sabarlah.

I thought you don't care as much as I care.

Been brutally hurt.
Injured.
Damaged.

but I know Allah is there.





Alhamdulillah.



"Awak tahu, emotional pain itu sakitnya lebih. A very deep cut"

"Am I the reason you changed? Is it because what I did? I am the reason u've been crying All this while. So I chose not to bother you. Maybe you will be happier that way"





Manusia dan assumptions. Takkan pernah berkesudahan.
Sudahlah.


Aku mahu start everything anew.

Dengan lafaz kalimah Allah.


Do we still have the chance to fix it? 

Monday, October 8, 2012

019. Good read.


Finding a good person to fit and suit in your life is like reading books.
You read all type of books. You read thru all the pages and chapters.
You learn the story. You try to understand them by heart.
There are bad books , There are the good ones.
You read and keep on reading.
Until you found,

the perfect one.
that suits you.
the storyline.
the moods.
the characters.
the language.


You keep it.
and you'll read it again,

because every chapter,
won't make you bored.



and as for me,
I thought I have found one.
But eventually,
all the chapters that I've read
from the sweetest page, till the rough one



and I've realized,



I shall continue to read
and search for any other books.



Perhaps.






For the memory of the book that I used to keep, I will keep it.

018. Kisah Ayah.


"I am sad not because I am sad. It is just, I am sad because I am underestimating my own strength. I know I am not weak"

Bismillah arrahman arrahim.

Hari rabu lepas, aku sedang berborak dengan si kawan di meja aku yang paling belakang dalam studio. Aku memerhati dari jauh, rakan-rakan sibuk berkerumun di depan. Aku dan si kawan buat hal sendiri dan berborak di belakang. Dia tegur aku. Dia pernah nampak aku menangis di tepi tangga studio. Dia diam. Dia lalu jalan lain. Sekarang, dia duduk sebelah aku, dan dia jadikan kejadian itu sebagai bahan untuk mengusik.

Biarlah.

Lantas dia berkata tanpa tahu hujung pangkal cerita aku.

"Jangan menangis sebab orang"...

"Dah... aku tahu. menangis sebab Allah kan. aku tahu. aku tahu. sorry. aku bodoh masa tu"

Dia diam.


Kami berborak tentang hidup. Tentang manusia. Tenang perbualan itu.

Aku beritahu dia, malam tadi aku tak sengaja menangis semula selepas beberapa hari aku "bajet kuat" ...

Aku bilang pada dia, aku rasa bodoh. Kenapalah hidup aku, aku sia-siakan. Aku malu, pada diri, pada tuhan, pada kawan, pada mak bapak adik adik.

Dan bila tiba-tiba,

Lampu blackberri berkelip biru, tandanya mesej dari MAK.


"Salam. ayah Nin baru meninggal dunia tadi. Kalau Nana nak balik kampung, call bik G"



RINGKAS.


dan terlalu mengejutkan aku.


AYAH MENINGGAL? aku cuba hadam ayat itu. aku kira ianya lawak. aku kira ayah akan hidup balik. aku kira itu semua kesalahan konfirmasi doktor. sebenarnya ayah ada. ayah hidup lagi kan?


TERGAMAM.


Lantas aku terus ke meja hadapan panggil si Zakaria, teman sekampung embah. Aku beritahu dia.
dan kami ke studio sebelah.

Aku hubungi emak. biar benar ini? main-main? ah.



BENAR. confirmed.



Innalillahi wainnailahi rajiun.








Sedetik, sekelip mata. Allah nak tunjuk segalanya.
aku bersedih tentang ujian hidup yang sekangkang kera, sedangkan pakcik aku di kampung nafas nya ditarik sebegitu mudah dengan sesak nafas walaupun bukan kerana sakit tenat terlantar di hospital segala.


Mudah , ajal itu ditarik kan?



Air mata mengalir semula. Kali ini, untuk sebab yang sebaiknya.
Kawan seperbualan tadi hanya memandang aku mengemas-ngemas barang.

"Kalau kau mahram aku, dah lama aku        haihhh"
mungkin dia pantang melihat perempuan menangis.


dan aku pun pulang.
dan kini aku kembali semula untuk mengaji.
aku harap aku bawa semangat AYAH dalam hati.

Lepas ini, aku akan paling rindu untuk dengar Ayah eksaitedly mencari kelibat anak-anak saudara nya yang perempuan, bila kami pulang ke kampung, dan berkata
"Anak Ayah ni, cantik"

Ayah , moga ayah kekal di sana dalam keadaan aman rohmu. Dicucuri dan ditempatkan dengan orang beriman.

Aku lihat, aku dikelilingi orang hebat yang sentiasa ada untuk berikan bantu bila aku jatuh, tapi kenapa aku sendiri tak hargai? Kenapa aku sendiri memilih untuk hidup dalam selut air mata dan pemikiran yang sebegitu depresi? Allahurabbi.

Besar benar ujian kali ini.

Ujian yang, menjadikan kau rasa seperti kau ini sampah. yang boleh diguna dan dibuang suka suka. Kau jadi marah, but the least you could do is, shout in silent. Sedih bukan?

Biarlah. Biarlah.


Allah, aku bersyukur atas segala pengalaman yang aku ada. Moga aku mampu bangkit dan menjadi manusia hebat keranaMu, berjuang keranaMu. Aku dilunyaikan, agar aku dipersiapkan as a whole again.


Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang berperang dengan diri sendiri dan hawa nafsu yang merebak dalam diri. Mujahadah yang aku pendam dalam diam. Biar orang kenal aku, atas nama aku, atas kekuatan yang cuba aku pamerkan dalam sosok kecil ini, atas tugas-tugas aku memudahkan urusan orang lain.



"Ini kenangan hari ini. Semoga mampu jika tidak esok, mungkin lusa"

Terimakasih Kak Aishah Nur Hakim, Kak Wani, Makcik Ain Farhana
Alhamdulillah.



Friday, October 5, 2012

017. Mati.


tentang sebuah kematian.



bersam-bung ...