"I am sad not because I am sad. It is just, I am sad because I am underestimating my own strength. I know I am not weak"
Bismillah arrahman arrahim.
Hari rabu lepas, aku sedang berborak dengan si kawan di meja aku yang paling belakang dalam studio. Aku memerhati dari jauh, rakan-rakan sibuk berkerumun di depan. Aku dan si kawan buat hal sendiri dan berborak di belakang. Dia tegur aku. Dia pernah nampak aku menangis di tepi tangga studio. Dia diam. Dia lalu jalan lain. Sekarang, dia duduk sebelah aku, dan dia jadikan kejadian itu sebagai bahan untuk mengusik.
Biarlah.
Lantas dia berkata tanpa tahu hujung pangkal cerita aku.
"Jangan menangis sebab orang"...
"Dah... aku tahu. menangis sebab Allah kan. aku tahu. aku tahu. sorry. aku bodoh masa tu"
Dia diam.
Kami berborak tentang hidup. Tentang manusia. Tenang perbualan itu.
Aku beritahu dia, malam tadi aku tak sengaja menangis semula selepas beberapa hari aku "bajet kuat" ...
Aku bilang pada dia, aku rasa bodoh. Kenapalah hidup aku, aku sia-siakan. Aku malu, pada diri, pada tuhan, pada kawan, pada mak bapak adik adik.
Dan bila tiba-tiba,
Lampu blackberri berkelip biru, tandanya mesej dari MAK.
"Salam. ayah Nin baru meninggal dunia tadi. Kalau Nana nak balik kampung, call bik G"
RINGKAS.
dan terlalu mengejutkan aku.
AYAH MENINGGAL? aku cuba hadam ayat itu. aku kira ianya lawak. aku kira ayah akan hidup balik. aku kira itu semua kesalahan konfirmasi doktor. sebenarnya ayah ada. ayah hidup lagi kan?
TERGAMAM.
Lantas aku terus ke meja hadapan panggil si Zakaria, teman sekampung embah. Aku beritahu dia.
dan kami ke studio sebelah.
Aku hubungi emak. biar benar ini? main-main? ah.
BENAR. confirmed.
Innalillahi wainnailahi rajiun.
Sedetik, sekelip mata. Allah nak tunjuk segalanya.
aku bersedih tentang ujian hidup yang sekangkang kera, sedangkan pakcik aku di kampung nafas nya ditarik sebegitu mudah dengan sesak nafas walaupun bukan kerana sakit tenat terlantar di hospital segala.
Mudah , ajal itu ditarik kan?
Air mata mengalir semula. Kali ini, untuk sebab yang sebaiknya.
Kawan seperbualan tadi hanya memandang aku mengemas-ngemas barang.
"Kalau kau mahram aku, dah lama aku haihhh"
mungkin dia pantang melihat perempuan menangis.
dan aku pun pulang.
dan kini aku kembali semula untuk mengaji.
aku harap aku bawa semangat AYAH dalam hati.
Lepas ini, aku akan paling rindu untuk dengar Ayah eksaitedly mencari kelibat anak-anak saudara nya yang perempuan, bila kami pulang ke kampung, dan berkata
"Anak Ayah ni, cantik"
Ayah , moga ayah kekal di sana dalam keadaan aman rohmu. Dicucuri dan ditempatkan dengan orang beriman.
Aku lihat, aku dikelilingi orang hebat yang sentiasa ada untuk berikan bantu bila aku jatuh, tapi kenapa aku sendiri tak hargai? Kenapa aku sendiri memilih untuk hidup dalam selut air mata dan pemikiran yang sebegitu depresi? Allahurabbi.
Besar benar ujian kali ini.
Ujian yang, menjadikan kau rasa seperti kau ini sampah. yang boleh diguna dan dibuang suka suka. Kau jadi marah, but the least you could do is, shout in silent. Sedih bukan?
Biarlah. Biarlah.
Allah, aku bersyukur atas segala pengalaman yang aku ada. Moga aku mampu bangkit dan menjadi manusia hebat keranaMu, berjuang keranaMu. Aku dilunyaikan, agar aku dipersiapkan as a whole again.
Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang berperang dengan diri sendiri dan hawa nafsu yang merebak dalam diri. Mujahadah yang aku pendam dalam diam. Biar orang kenal aku, atas nama aku, atas kekuatan yang cuba aku pamerkan dalam sosok kecil ini, atas tugas-tugas aku memudahkan urusan orang lain.
"Ini kenangan hari ini. Semoga mampu jika tidak esok, mungkin lusa"
Terimakasih Kak Aishah Nur Hakim, Kak Wani, Makcik Ain Farhana
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment