Sejak naik sekolah, banyak masa dihabiskan di studio. Dari malam sampailah ke malam esoknya.
Rutin harian budak design memang begini. Alhamdulillah.
Aku disibukkan dengan hal-hal pelajaran, aku lebih suka begini.
Biarlah mata aku berlebam atau membengkak kerana berjaga malam untuk perkara yang sepatutnya,
bukan lagi kerana menangis tak henti kerana sebab yang tak sepatutnya jua.
Aku menaip ini dari meja studio.
Dari jauh aku melihat segala kepala-kepala yang sibuk dengan bahan projek mereka.
Aman.
Masing-masing dalam dunia sendiri.
Tenang.
Laptop terpasang cd kegemaran, Hafiz Hamidun.
Paling suka.
"Bapak rindu nana pasang cd tu. Nana balik U, rumah senyap"
"Mak suka, mana nak dapat cd tu?"
Balik ke rumah selepas seminggu berada di kampus, nyata mak dan bapak sebenarnya rindu.
Mana taknya, aku bila di rumah, perkara pertama, aku akan tekan button "Play" pada radio yang aku letak di dapur,
dan sepanjang hari selagi mak bapak tak matikan suis,
selagi itu zikir si Hafiz akan berkumandang dalam rumah.
Menjadi aku, aku lebih banyak habiskan masa di dapur, masak, makan, masak, dan depan tv.
Ya Allah, Why am I writing this down?
I'm missing my parents.
And somehow, kalau perjalan dari Mahallah Asiah ke KAED dirasakan terlalu jauh, aku pantas sekali mencapai handphone dan mendail number telefon si ayah.
Nyata, lelaki itu, rupanya, bila diajak berborak, Rancak juga.
Panas terik tengah hari tak terasa pun.
Jauh berbukit perjalan rasa landai.
Allahurabbi, moga aku mampu habiskan masa sebaiknya, sementara mereka masih ada di dunia.
Cukuplah aku mensia-siakan masa yang ada untuk mereka yang tak pernah menghargai hadirnya aku, kerana aku masih punya warga yang sedar kasihnya aku pada mereka.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment