Salam alayk wbt.
Ahad 6th January 2013.
1. Jadi Usher orang datang majlis kahwin abang Aaina Hanis.
2. Finally, Last Usrah berjaya diadakan.
Alhamdulillah . I have to mark these two big events. Somehow anyhow lah kan.
Jadi usher bidan terjun ni kelakar. Sebab, suddenly orang ingat I'm one of the saudara mara, even pakcik catering pun ingat I'm one of them. Its okay. I just feel good and happy to help around. Mak & Ayah Aaina pun sangat cool. Dan paling penting, Aaina Hanis satu figura yang terlalu banyak membantu aku all this while. Dari tragedi memujuk aku yang menangis nangis tak sudah dari KLCC ke Restoren Cina di Wangsa Melawati. Dan Aaina lah perempuan yang orang kata "kasar" yang sebenarnya banyak sisi lembut yang aku admire. Bila aku di rumah Bik Gee, dia lah jadi peneman dan tukang culik, "Aaaina, mamak jom." "Aainaaa, cendol". dan bayangkan, wanita yang ramai antara kita ingat tidak punya perasaan inilah, yang aku habiskan most of the time talking about life and perhaps, love matters. Ingat lagi, di waktu malam, singgah pergi 7E Melawati, almost half an hour sahaja, kami habiskan berbual dalam kereta. Even kadang-kadang kalau dah sampai depan rumah Bik Gee pun, Aaina will park the car, and we will continue to talk. She has the best quotes about life :)
Dari dia aku belajar, orang yang nampak takde perasaan , adalah yang sebenarnya paling banyak perasaan. cuma she decided to memerhati dan menilai dan kemudian simpan.
Subhanallah. Aku terlalu sayang dengan friendship ini. We know when we need each other. Kami berdua bukanlah jenis berhubungan selalu. Ber-sms memang tak lah. Berjumpa lagi lah jarang. Sebab itu, one of my reasons tak nak bersedih lagi, sebab malu pada si kawan ini. Banyak sangat yang dia tolong to cheer me up. How on earth, aku patut balas tindakan baiknya itu dengan keep on being "sad" kan?
Aku selalu ulang dan ulang, "Kalau lah Aaina ni lelaki, memang kita nak kahwin dengan Aaina." atau "Aaina lah boyfriend kita versi perempuan"
:)
Aku suka menyakat dia sangat-sangat when she's driving. Like what I love to do when ... eh.
Tapi yang bestnya Aaina , dia melayan. And what more? Oh yeh. I still have the "suka menyanyi" thing in me, walaupun jiwa ditarbiyyah, ada lagi kesukaan begitu. Tapi aku try to limit it. Si Aaina yang memang lah ratu karaoke adalah teman terbaik kalau nak bawak pergi melalak (suatu ketika dulu) Now, I am not going anymore (bukan tak pergi. Tapi cuba merestrictedkan gerak laku sendiri. selagi mampu)
On the way back from Dewan Abang Aaina kahwin, there were only me and Aaina in the car. Suddenly terkeluar topik, "Apa eh lagu yang bla bla bla (kaitkan with a peribahasa tentang janji manis)?"
I shouted out loud in the car, "Hatiiii membekuuu mengingattkaaaan kata janjiiii manisssmuuuu"
and sing together siap google the lyric and go to the next song "keabadian cinta".
Allahurabbi. I just love doing random things with my orang-orang tersayang.
I dont know, on the way back, hanya terfikir "I have to tweet about this" tapi Twitter account has been deactivated at that time. But now, I decided to blog about it. I just want to keep this memory for years.
dan Aaina ada exam pada hari Isnin, tapi masih mahu melayan aku ke cendol dan beli satey.
Tuhan, sayangilah Aaina Hanis bt Zuhairi sebanyak-banyaknya dan berikanlah yang terbaik untuknya. Sesungguhnya aku sayang teramat pada perempuan itu.
Hehe, I know she won't read this. She doesn't know how much I love her as well.
Now ada mission : Untuk men-ladylike kan Aaina !
2. Last Useroh. Finally! Alhamdulillah semua ahli Singa Rongak managed to come kecuali Hanan. Hanan is having exam on the next day. But its okay, berkoyan-koyan sayang dan doa kami untuk ukhti tersayang :)
It was just a short meeting (planned to be short tapi as usual bila kami bertemu, pasti akan dragged masanya.) Dan semalam, almost at 11.00pm+ baru habis bersembang. We just shared our moments and muhasabah diri balik, before and after menjadi ahli #SingaRongak.
Kak Mira cakap, "Hari ini, sebenarnya berat hati nak pergi usrah ni. Maaf lah jujur sangat. Sebenarnya tadi keluar lalu Satey Kajang. Terdetik nak satey. Tapi sekarang, tup tup datang usrah, ada satey" And she smiled wholeheartedly.
Seronoknya beri surprise pada orang, tanpa mengetahui yang sebenarnya orang itu mengidam 'surprise' yang kita bawa. So I said to her "Kak Mira, sebenarnya, Allah saja nak uji akak dengan berberat hati. See, akak datang and you get what you idamkan"
Alhamdulillah. Bersyukur melihat semua bahagia dan gembira.
Dan bila tiba giliran aku, aku hanya mampu menahan air mata dan perlahan-perlahan bersuara dengan sesingkatnya. Aku harap apa yang aku perkatakan, biarlah pendek tapi padat dan bermakna.
Aku genggam tangan Kak Syaimaa', Naqibah kami , sebelum memulakan ucapan.
"Semenjak semester lepas, prestasi menurun. Pemikiran ke lain. Masalah hati. Nampak je happy. Masuk semester ini, dah rasa paling down. Hari-hari menangis. Rasa macam hidup dah crashed habis. Rasa dibuang. Rasa kalau ada sampah itu di tepi jalan, kita dah setaraf dah dengan sampah itu" ... masing-masing khusyu' mendengar.
"Tapi, ingat tak masa usrah pertama, ada orang tu dia cakap 'Antunna ini semua permata. you are like diamonds and gems. Allah nak polish antunna semua....'. Hati kita pun rasa terketuk sangat. Allah? kau still nak terima aku? walaupun dah kotor gila?" aku genggam lagi erat-erat tangan Kak Syaimaa' mohon kekuatan agar air mata tak menitik.
Menjadi aku, dan berprinsip menjaga rahsia diri.
Bila ahli-ahli bertanya perihal apa yang menjadikan aku merasa begitu jatuh. Aku hanya berdiam. dan aku bilang,
"Sekarang baru lah kita faham dan rasa sendiri. Bila kita betul-betul nak buang karat Jahilliyyah tu, memang sakit dia terlalu sangat. Awak bayangkan nak cabut sesuatu yang dah sebati dalam diri. Ye lah, kita tak sebaik kalian yang qawiy, berlatar belakang baik-baik. Dan sesungguhnya semua proses itu kena tahan. Sakit sangat. Tapi kita tak nak jadi, satu hari nanti, mana lah tahu, kalau kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin. I say no to this and that, But I am doing it. Gila fake dan hipokrit"
Mata mereka membundar lagi. Makanya, I decided to stop talking. To cut off the anxiety to know more about my past.
"Alhamdulillah. Sekarang ada korang semua. Doakan kita kuat okay. Allah pernah bagi kita hidayah, I took it, I decided to change. Lepas tu lagha-lagha. Selama mana pun kita cakap kita nak menjaganya, kita tak kan mampu, kalau benda itu salah. And Now He is giving me another chance. and I won't be looking and turning Back ensyaAllah. Sayang sangat hidayah itu. dan, kalau kita nak berubah, memang Allah akan uji sangat-sangat dengan apa yang kita sayang dan apa yang kita percaya"
Aku senyum dan memeluk Kak Syaimaa.
Biarlah, dari sisi apa sekalipun hidup seseorang itu dicungkil, agar dia tahu baliknya nanti tetap pada Yang Satu itu juga kan?
Biarlah, sekasar mana pun aku, aku tetap mahu membina kekuatan sendiri yang selama ini dibiar roboh kan?
Setiap hari dalam hidup aku, aku rasa terhutang budi pada semua manusia yang muncul accordingly to HIS plan. Setiap hari, aku rasa Allah terlalu baik buat hambaNya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik. Sila sedar diri, awak tu hamba. Berlagak as hamba. Bukan TUAN kepada HAMBA!
Syukran Jazilan.
Salam alayk.
Moga hati kita sentiasa berada dalam LindunganNya. Jika ada sayang, rahsiakan. Jika ada rindu, rahsiakan. Kerana, kita ada perantara yang Maha Hebat, yang Maha Tahu segala :)
p/s : tak rancang nak buat entry macam essay. arghhh bila Mkay dah mula menulis. and let her heart speaks. haa padan muka :P
No comments:
Post a Comment