Sunday, September 23, 2012

011. Routine.


Manusia dan rutin.

Beberapa hari lepas aku mula cuba cuba biasakan lalu jalan potong ke bilik yang jauh di belakang.
Tapi tadi, aku sumbat telinga, aku layan diri. aku jalan sendiri.

Aku biar kaki melangkah ikut hayun mana dia mahu pergi.


Bila aku tersedar,
aku rupanya sedang lalu jalan jauh yang selalu aku lalu selama tiga tahun mengaji di sini,


Aku tergelak sendiri.


Manusia.

Bila dah selalu dengan rutinnya, di ubah sedikit, bila terleka, pasti ulang semula ke asalnya.



Begitukah hati?
Begitukah sayang?


Sejauh mana ia cuba lari untuk menidakkan, akhirnya pulang ke tempat asal sayang itu.
kan?


Yang hakiki itu, cinta yang selamanya.

Syurga kan?

No comments: