Sunday, September 30, 2012

016. I am a daughter



Sejak naik sekolah, banyak masa dihabiskan di studio. Dari malam sampailah ke malam esoknya.
Rutin harian budak design memang begini. Alhamdulillah.
Aku disibukkan dengan hal-hal pelajaran, aku lebih suka begini.

Biarlah mata aku berlebam atau membengkak kerana berjaga malam untuk perkara yang sepatutnya,
bukan lagi kerana menangis tak henti kerana sebab yang tak sepatutnya jua.


Aku menaip ini dari meja studio.
Dari jauh aku melihat segala kepala-kepala yang sibuk dengan bahan projek mereka.
Aman.

Masing-masing dalam dunia sendiri.
Tenang.

Laptop terpasang cd kegemaran, Hafiz Hamidun.

Paling suka.

"Bapak rindu nana pasang cd tu. Nana balik U, rumah senyap"

"Mak suka, mana nak dapat cd tu?"


Balik ke rumah selepas seminggu berada di kampus, nyata mak dan bapak sebenarnya rindu.
Mana taknya, aku bila di rumah, perkara pertama, aku akan tekan button "Play" pada radio yang aku letak di dapur,
dan sepanjang hari selagi mak bapak tak matikan suis,
selagi itu zikir si Hafiz akan berkumandang dalam rumah.

Menjadi aku, aku lebih banyak habiskan masa di dapur, masak, makan, masak, dan depan tv.


Ya Allah, Why am I writing this down?

I'm missing my parents.


And somehow, kalau perjalan dari Mahallah Asiah ke KAED dirasakan terlalu jauh, aku pantas sekali mencapai handphone dan mendail number telefon si ayah.

Nyata, lelaki itu, rupanya, bila diajak berborak, Rancak juga.

Panas terik tengah hari tak terasa pun.
Jauh berbukit perjalan rasa landai.


Allahurabbi, moga aku mampu habiskan masa sebaiknya, sementara mereka masih ada di dunia.

Cukuplah aku mensia-siakan masa yang ada untuk mereka yang tak pernah menghargai hadirnya aku, kerana aku masih punya warga yang sedar kasihnya aku pada mereka.



Alhamdulillah.









015. Rational.



Untuk segala pengalaman hidup yang diberi tuhan,
hanya ada satu patah kata aku mampu ucap,

"Alhamdulillah"


Kerananya, aku belajar erti segalanya.


Jazakumullahu khairan khatira kepada semua yang setia di sisi, menjadi pendamping, menjadi pendengar, menjadi peneman, menjadi penyedar.


After all, tujuan hidup adalah beribadah.

dan pengakhiran yang terbaik, adalah harapan semua manusia yang punya iman di hati.



Baiklah , maka aku berdiam.
dan mencorak laluan langkah hidup penuh tertib semula, InsyaAllah.



We can't change our memories, but we can learn from them.
Wasalam.


Wednesday, September 26, 2012

014. Softener.


Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.

Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.

Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.

Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.

Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.

Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.

Differences in Qur’anic verses

Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.

Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.








...





Tiada jalan mudah untuk kembali melembutkan hati.


Kau harus buat balik semua amal-amal yang kau dah longgarkan dari rutin hidup kau.


Kau jangan berputus asa atas rahmat tuhanmu, kerana dia tidak pernah berputus asa terhadap mu.





Not even once.





Kau diuji sebegini, atas kerana cintaNya untukmu





Dia sedang beri kau peluang untuk mengejar syurgaNya!


Mana mungkin yang baik itu, diberi dengan mudah-mudah bukan?








...







Terharu.


...

Bila tiba masanya, bila kena pada orang yang selayaknya, InsyaAllah, akan aku buka kembali hati ini.

Buat masa ini, ia masih keras. masih.






Tuesday, September 25, 2012

013. Strength.

Tinggal

Ubah

dan melangkah.



Kuat itu perlu diminta, bukan ditunggu.

...

Awak buat baik, orang tetap akan kata.
Awak buat jahat, lagi tetap orang kan mengata.

Baiknya,  buat untuk please Allah, bukan orang.

Jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga hubungan awak dengan semua orang.


...

Baik, InsyaAllah.

Monday, September 24, 2012

012. Janji pada diri.


Janji semester ini pada diri ;

Untuk bersama-sama dengan studiomates.
Untuk menjadi keluarga dan jangan mengasingkan diri.
Untuk sentiasa gembira di hadapan manusia lain.
Untuk menjadi kuat.
Untuk menghargai mereka yang masih peduli dan sayang .
Untuk bersyukur.
Untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Untuk menjauhkan fikiran dari memikirkan yang bukan-bukan.
Untuk hidup dengan sepenuh hikmah kehidupan.



dan semoga mampu.



"Kau ni, gembira je aku tengok. Kau tahu apa tu sedih ke? Kau pernah rasa sedih?" , Zack.


Soalan ini buat saya tersentak dan tersenyum kecil.


"Mana kau tahu apa aku pernah rasa" , M.





dalam hati aku dengan suara paling halus, ia berbisik ;

"tahniah, lakonan sendiri berjaya. At least, masih ada yang melihat diri ini gembira"



Alhamdulillah


:)


As long as I am living, I have the chance to change.

Sunday, September 23, 2012

011. Routine.


Manusia dan rutin.

Beberapa hari lepas aku mula cuba cuba biasakan lalu jalan potong ke bilik yang jauh di belakang.
Tapi tadi, aku sumbat telinga, aku layan diri. aku jalan sendiri.

Aku biar kaki melangkah ikut hayun mana dia mahu pergi.


Bila aku tersedar,
aku rupanya sedang lalu jalan jauh yang selalu aku lalu selama tiga tahun mengaji di sini,


Aku tergelak sendiri.


Manusia.

Bila dah selalu dengan rutinnya, di ubah sedikit, bila terleka, pasti ulang semula ke asalnya.



Begitukah hati?
Begitukah sayang?


Sejauh mana ia cuba lari untuk menidakkan, akhirnya pulang ke tempat asal sayang itu.
kan?


Yang hakiki itu, cinta yang selamanya.

Syurga kan?

010. Tired.


"Awak ni kan tear duct tu kena ikat tahu!" , Ain F.

"Awak ni, terkejut kita kenapa lah tiba-tiba pukul 3 pagi mata berpeluh ke? ke pipi berpeluh?" , Asyikin F.

"Jangan menangis lagi pergi rumah orang ni. Malu", Mak.


...


Nyata, Istikharah adalah solat paling mudah untuk aku alirkan air mata.

Menyerahkan segala jalan hidup atas landasan ketentuan Allah.



...


"Abin, Kak Na malu lah asyik menangis. Senang sangat nak nangis" K.Na

"Kak Na fikir, mana lagi seksa? Orang yang senang nak menangis atau paling susah nak menangis?" Abin.


hmmmph.

Mestilah orang yang paling susah untuk meluah, adalah lebih terseksa.


...

"Awak tahu, sebenarnya kita kalau berjalan peluk diri tu sebab, kita nak tahan hati kita dari menangis. If only I could hug my own heart and put it in the safety box" M.



...


























Saya, rindu waktu gembira dan bahagia.

I know, people only want to know, want to see you happy. They don't bother to see your tears.
So, be strong. It is not wrong to show your laughter and smile. It is not faking yourself, it is a process of learning to be matured. To learn about life.


Appreciate, and that's all I need to know.
Show some effort, and that's all I need to see.













Ya Allah, beri aku tenang. Lindungi hati aku.


Friday, September 21, 2012

009. Pertama


"awak jangan sia-siakan masa awak"


...

dan benarlah, ada yang keseratus sekalipun, yang pertama itu paling takkan mudah untuk dilupakan.


Tuesday, September 18, 2012

008. Cari lagi nanti.


Been Ignored.


Nanti, bila awak sudah puas gelak tawa dengan dunia dan segala isinya,

awak tahu mana nak cari saya kan?


...

9e17cea2f56911e1af9022000a1c9e2c_6_large

dan awak pun mahu melihat bagaimana agaknya,
bila belon yang diikat lama secara rahsia,





dilepaskan tanpa pemberat.
akankah ia

terbang jauh, tinggi ke udara.
atau masih setia di tepi,


menemani secara rahsia.

Monday, September 17, 2012

007. Batu dan sampan.




Pagi itu tenang sahaja. Si Ayad pergi ke tasik, 
Dilipat kertas warna warna , dijadikan sampan kertas buatan sendiri,

Dilalukan atas air, sukanya hati semua kapal-kapal ikut mengalir perlahan perlahan.

Ayad melihat penuh khusyu'.





Bila mana, si Pejol budak nakal,
baling baling batu dari arah sana,

Habis, berterabur sampan-sampan Ayad.

Yang mulanya bergerak beriringan, kini yang satu ke kanan, satu ke kiri ada yang tenggelam ada yang terhenti geraknya.



Pejol gelak gelak kepuasan.

Seronok agaknya dapat rasa diri berkuasa, walhal sekadar baling batu ,

kerana,

dengan batu itu,



segala khayalan Ayad terputus,
segala cantiknya pergerakan sampan-sampan itu terganggu.



Ayad pulang.
Ayad mahu bersedih.




"Takpe, ada hikmah. Mungkin esok aku kena belajar cipta sampan yang lebih baik dari ini"



Namun, Ayad bertindak untuk tidak jatuh.






Bagus Ayad, semangat kau kuat. Tak seperti aku.


Sunday, September 16, 2012

006. Penulis Bisu.

...

"I am going to sleep,
for a long time,
You can wake me up
whenever you need me
but then there's 
no guarantee
that I will give you
something that
you might need
because I am
simply not
that good in
fulfilling some
of those high
expectations
of yours"

Daydreamer; A.B. Hashim.
...


Salam alaykum.

Tadi aku ke pesta penulis. Aku pun tidak pasti dengan apa yang aku cari, yang aku paling mahu adalah sekeping buku bermuka kuning yang ingin aku baca ulang kali dan ingin aku simpan, kerana milik aku telah aku beri pada orang, buat kenang-kenang . Walaupun , tiada kisah lagi untuk dikenang.

Ada seorang penulis ini, beriya-iya menunjuk-nunjukkan bukunya ke aku.
Aku tergamam. Alamak. Maaflah. Poket makin menipis.
Aku berlalu.

Aku membelek zine-zine lima ringgit di tepi lelaki penulis itu,
aku dengar suara si penulis,
bagaikan tersekat dan bagaikan pelat atau mungkin bahasa kasarnya,
"susah nak cakap"

Payah sekali mahu dikeluarkan ayat dari mulutnya.
Aku jadi tersentuh.



Aku capai buku empat segi tepat itu, dengan nama tajuknya "Balada",
aku berakad jual beli di situ.


"ama awak iape?"

Walaupun pertemuan itu terlalu pantas,
tapi aku sedar,


Kadang-kadang, untuk menulis, tak semestinya kau perlu fasih berbicara.
Mungkin, dunia bisu, dunia sunyi itu lebih banyak untuk kau tafsirkan
dalam bentuk penulisan pendek-pendek dengan kata indah-indah.





005. Recovery.



Hati yang masuk ICU dah recover?


EnsyaAllah, masih perlu follow-up dengan medical check-up semua.
dan sudah tentu, saya perlukan nurse dan doctor yang hebat untuk membantu.

Berani awak menulis lagi, awak tak takut nanti awak mula beremosi dalam penulisan? 

EnsyaAllah, cuba untuk menapis emosi. Kalau ada yang terzahir anggaplah itu sebagai hinanya seorang saya yang tidak pandai berahsia.






004. Homesick.



Baru minggu pertama sekolah,

aku sudah pulang ke rumah.


Homesick?



Friday, September 14, 2012

003. Perasaan pelik.

aku lihat perasaan ini sesuatu yang ganjil.

tak sampai sehari, rasa itu boleh ditukar.

dan aku

aku masih belajar untuk memahami perasaan sendiri.