Salam alayk.
"Jalan ini sumpah panjang, jalan ini melelahkan, tapi jalan ini paling jelas where we are heading to"
"Ya Allah. apa aku dah buat minggu ni. proposal ini tak siap, paperwork ini tak siap, itu tak tanda tangan lagi, studio works lagi, meeting every night, kelas sampai petang, dan aku tak mampu jadi contoh yang baik. Hadir aku sama saja macam semua. Apa aku dah buat jika aku benar benar sudah ditarbiyyah? Marah aku mampu dikawal? Tekanan aku mampu dijaga? Sayang aku bagaimana?"
Allahurabbi, sungguh minggu lepas terlalu banyak pergolakan dalam minda. Lebih lagi tentang perihal diri, perihal peningkatan ruhiyah. Bukan kerana bebanan kerja, tapi kerana memikirkan hal ehwal diri yang tak mampu benar benar menjadi Qudwah Hasanah. Dan sering bermain di fikiran ku,
"Andai lah Rasul Allah ada di sisiku, apa yang dia lakukan? Pasti begini, pasti begitu, lebih baik berganda ganda berbanding aku"
Perasaan menyalahkan diri, yang emangnya untuk aku bakar semangat diri.
Bukan makin melemah.
Dan benar lah, perjuangan diam diam ini, yang tak nampak pada mata kasar, adalah sangat menguji,
Baru aku faham bila baca tulisan orang, dengar khabar orang
Semuanya bukan murah, bukan mudah.
Allahu Ya Rabb.
...
dan sabtu semalam, yang memang aku dah 'pangkah' LEPAS SUBUH ke masjid "USRAH SINGA RONGAK" .
amazingly Allah itu nak memujuk agaknya,
bila Kak Fatimah , naqibah tersayang bukak ayat 9 : 111
Bila tuhan berbicara, yang dia membeli jiwa raga kita , semangat membara kita . dan kita haruslah bergembira dan jual beli itu, kerana pulangannya lumayan, jika kita benar benar ikhlas. Sedangkan, kita tak punya apa pun yang milik kita kan?
tergamam aku di situ.
Terlalu kena pada hati, ibarat si tuhan memujuk agar aku kekal yakin dengan jalan yang aku pilih, dengan apa yang perlu dikorbankan untuk something better, dan untuk menjadi hamba, sepenuh hamba. EnsyaAllah
Indeed, everyone has their own struggle kan?
Don't brag about yours, when everyone is having theirs.
...
Lepas usrah, aku buat sikit site analysis di Rectory Building
dan bila masa tamat, aku pantas ke tujuan Sabtu ,
untuk berjumpa adik yang paling paling paling dirindu.
Sungguh, to meet familiar face at times like this, adalah sangat menyenangkan.
Sanggup . Aku memang perempuan yang sanggup buat kerja gila, semata hanya kerana cinta, sayang rindu dan segala. Harap nya untuk tuhan dan agama, yang aku canang aku sayang, aku sanggup bergadai nyawa juga. Amiiin amiiin. I need actions, not words uttered bluntly. I know.
dan hari berjalan jalan dengan laju sekali.
Minggu lepas, aku termasuk sekali dalam "Explorace" organized by Quranic Youth Club.
Nak dijadikan ceritanya, sebagai peserta, yang kononnya komited,
di checkpoint depan Sogo,
ada task
"TO TRANSLATE THE MEANING OF SURAH AL-ASR in other languages selain BM/BI"
oh task untuk street da'wah lah katanya.
Lantas, kami mencari "orang" untuk didakwahkan lah.
...
Hendak dijadikan cerita, tuhan itu tahu segala.
Di tepi tepi itu ada seorang perempuan cina sedang mempromosikan "ASTRO"
berdiri tegak, menyisir rambut panjang.
tipikal amoi
"Boleh awak tolong translate ayat ayat ni in mandarin ke hokkien ke?"
Begitulah kononnya bibit perkenalan.
dipendekkan lagi cerita,
si gadis cina tadi kurang fasih berbahasa melayu,
ditariknya si teman "Astronya"
"tolong saya ini" , pelat cina gadis itu pelat yang pekat.
lelaki itu namanya Afiq, perempuan itu Jenny.
Aku lihat dari riak si Afiq, tahunya tentang surah itu, dan agama ini pun agak kelam kelam.
Sedikit benak ku bersedih. "Allah, dia Islam, tapi kalam mu, belum tahu sebaiknya"
Aku jadi sebak, "Banyak lagi tugas ku, menyedarkan ummah. menyedarkan manusia"
TASK KAMI SELESAI, selepas berjenuh lelah menghuraikan maksud dan makna satu satu, baik kepada si perempuan atau si lelaki sarawak itu.
Bahasa Sarawak , Bahasa Iban , Bahasa Mandarin - DONE!
oh ya, dan edarkan risalah tentang tuhan, tentang agama, tentang jesus
...
Ini sebenarnya cerita sebenarnya SABTU lepas.
lepas lunch, dari sogo nak ke busana mall semula,
dari jauh aku dah nampak rambut si lelaki itu,
bersemangat sungguh nak edarkan promosi Astronya lagi.
Aku tersenyum dari jauh, sambil berbisik ke Abin,
"eh kak na kenal orang tu"
We passed each other, aku mendongak sedikit.
Dia terpandang mata aku,
Hanya senyum aku lampirkan,
dia pula,
"heyyyy awaaaaaaak, sayaa kenaaal awaaaaak"
dari jauh menjerit.
Kelakar.
Macam dalam filem.
Aku hanya menoleh dan bermuka manis sejenak dan menundukkan kepala
Lalu aku pandang ke depan untuk teruskan langkah.
"Heyyyy awakk kencing sayaaa yeee?"
sedetik cuma, dia berteriak begitu
dan mampu buat aku tersentak
aku berhenti.
aku menoleh.
aku memulakan derap langkah ke dia.
"hey, kenapa pulak awak cakap saya kencing awak?????"
menjadi aku, yang pantang dicabar, pantang diprovoke, pantang ditengking,
aku ke dia, minta penjelasan.
"ye lah, awak edar risalah. awak suruh kitorang translate. tapi tak bagi tahu tu ayat apa, surah mana. ustaz ngaji saya marah tau. saya pun ada ustaz mengaji saya. dia suruh mintak"
Aku hela nafas panjang panjang.
Allahurabbi.
dia sebenarnya nak bertanya tentang hal surah hari itu.
tersentuh sangat ke benak paling dalam.
terlalu.
Aku kira, kerja mudah minggu lepas, hanyalah sekadar helaian biasa untuk hidup aku, hidup nya.
Moga, hati lelaki itu bersih. dan beriya iya mahu belajar tentang agama. Moga.
Aku terang baik baik, yang itu adalah arahan "SI PEMBUAT ARAHAN, bukan atas arahan aku"
Aku beritahu elok elok, itu ayat berapa, surah apa
dan dalam kekalutan dan derapan langkah manusia yang laju di keliling ,
"Sorry, awak"
aku pergi.
Abin di tepi setia menanti.
...
Lepas solat, aku jumpa Abin.
Aku peluk cium Abin.
dan aku sertakan nota kecil untuk si random guy on the street.
"Surah al-Asr Surah ke 103. Ayat 1-3. Maka rugi lah semua manusia di dunia kecuali mereka yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. Be true. Be patient. -Maryam"
...
Langkah aku padu,
Hati aku punya tuhan.
Jika secebis usaha ku ini mampu buka hati si stranger untuk lebih mengenal tuhan,
aku harap sahamnya,
ada di dunia lagi satu sana,
berdebar.
orang sibuk.
laju arus kota.
lintas jalan.
mata meliar.
"Afiq, Afiq. Nah. ni nama surah tu"
aku terus pergi, bila mana kertas bertukar tangan.
tanpa sekilas pandang.
ku hayan langkah.
"Assalammualaikum"
...
Nah. sampai di situ saja kisah.
Aku kira ini lah tarbiyyah tuhan.
Saban minggu aku berkeras dengan diri sendiri. menyalahkan setiap pelusuk diri,
bila mana aku lihat, perilaku ku banyak compangnya.
banyak huduhnya. Sedih.
Rupanya, dalam kesibukan kota,
ada juga "a random stranger" yang terkesan dengan "a small gesture" itu.
Indah dunia.
Cantik aturan.
Halus hikmahnya.
Dan itulah cara tuhan memujuk.
Perlahan, tetapi berterusan.
...
Baiklah Maryam, bertabahlah...
Salam Alayk wbt.