Assalammualaikum.
Sudah agak lama tak bercerita cerita di sini.
Kalau boleh aku paling sekali tak mahu berbicara tentang hati perasaan dan sebagainya,
lagi.
Aku rasa seperti topik itu topik melemahkan jiwa sanubari.
Bukan kerana kenangan semalam atau apa,
tapi aku tak lihat signifikannya lagi,
untuk berbicara sesuatu yang "entah apa apa"
bila mana tanggungjawab yang lebih penting bertaburan, dan aku tak mampu nak jayakan.
Jujurnya,
apa sahaja lah semester ini ya?
Kadang mahu menjerit segala benak,
dalam sunyi dalam diam,
tapi aku yakin,
tuhan menempatkan aku di satu satu keadaan,
kerana atas kemampuan aku.
dan jikanya aku tak mampu,
makanya adalah kerana, tuhan mahu aku meningkatkan diri menjadi mampu.
Beberapa lewat hari lama lepas,
aku sedikit runsing
lalu aku berhubung terus dengan si adik ,
"Abin. kak na takut kalau benda yang paling kak na lemah, diuji lagi"
"ye lah! sebab kak Na tak pass lagi ujian nya!"
terus tersentap dengan ayat pendek itu.
mungkin dengan segala apa yang terjadi dulu,
sebenarnya tak lah menaikkan aku ke takat mana-mana agaknya.
kerana itu aku diuji lagi.
perhaps.
semua orang pun diuji kan?
cuma bezanya, cara kita bagaimana.
Kadang kadang aku bertanya pada tuhan, bilakah matiku?
Bukan kerana sudah yakin dengan amalku (which is never lansung pun)
Cumanya, aku paling mau, matinya aku dalam ingatann paling terus paling dalam
kepada Nya.
tapi, boleh kah aku kekal di takuk itu?
ah hati
dan iman yang naik turun
ibarat ombak dan pasang surutnya.
Cerita ini nampaknya tiada objektif yang kukuh ya.
aduh aku gagal sekali, bercerita ya.
Maaf.
Biarlah ayat lintang pukang.
Doakan aku, mampu, satu hari nanti menyebar ilmu, menyebar cinta, berkongsi karya
untuk semua .
Dunia, dan segala isinya mencengkam jiwa.
Tapi aku punya tuhan.
yang lebih hebat dari segalanya, bukan
*kesat air mata.
ya , aku dan hidup ku.
dan tuhan yang sentiasa ada dihatiku,
selamanya.
selamanya.
EnsyaAllah.